Salam. Almarhum Raja Sir Chulan merupakan ahli Majlis Mesyuarat
Persekutuan (Federal Council) dan bersama tokoh-tokoh Melayu lain yang
mendapat pendidikan British (seperti Dato Onn Jaafar dan Dato Abdullah
Hj Dahan), memperjuangkan hak-hak orang Melayu dengan cara yang berbeza
jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaacob dan Zaaba.
Peranan Almarhum Raja Sir Chulan mungkin dilihat tidak ekstrim dan
dibuat dengan berkerjasama dengan kerajaan British – diantaranya
mendesak British supaya memberi lebih peluang untuk orang Melayu
menerima pendidikan dan pekerjaan dalam sektor awam. Almarhum juga
memegang peranan penting, bersama Almarhum Sultan Iskandar dan beberapa
Raja-Raja Melayu yang lain, sewaktu mengesyorkan penubuhan Regimen Askar
Melayu.
Dari sudut penglibatan Almarhum dalam menolong orang Melayu, adanya
Almarhum Raja Sir Chulan dalam sebuah badan ‘fifth column’ (jika dapat
disahkan) seperti yang ceritakan oleh saudara Izham tidak menghairankan.
Namun begitu, kami di SembangKuala akan cuba menyelidik dan mendapatkan
maklumat
No comments:
Post a Comment