Assalamualaikum Rohku
Gerakan hatiku semasa melakukan pekerjaan baik pada hari ini
Assalamualaikum tok nenek moyangku yang empunya cerita dalam diriku
Bantulah dengan membawa doaku
Hari ini aku membersihkan diri aku dengan emmasukkan Darjat Kedaulatan
tinggi atas kehendak Moyangku Radin Bagus atau Prabu Perwisaso Brawijaya
Aku mohon kehadiran Tok Pawang Beting beras basah bernama Datok Mahidin
bin Mubin bin Datok Panglima Belantan Besi serta Ratu Laut selatan Bu
ratu Mas Danang Sutawijaya atau Dewi Nawang Wulan, Bonda Puteri Aishah
serta keturunanku yang lain bagi permintaan keturunan Majapahit yang
akan dilakukan oleh Jin Pendaulat Istana iaitu Megat Chandin atas
permintaan Ku Ann.
Assalamualaikum Tok Megat Chandin yang menjaga daulat istana, kehadiran
Tok Megat jelmaan Buaya Putih menjadi pengiring cucu cicit kepada Radin
Bagus dan Radin Fatah
Assalamualaikum tok megat Alang Di Laut, aku mohon kawalan Tok Megat
sehinggan selesainya upacara mengikut Adat Istiadat Diraja berada dalam
keadaan selamat
Aku juga memohon jika terdapat orang-orang yang mengikut sama dalam
rombongan ini dengan niat yang tidak baik atau sebaliknya, ianya harus
diturunkan petunjuk seperti hukuman setimpal sebagai menyedarkan diri
mereka supaya penipuan tidak berlaku seperti dahulu mahu mengambil
kesempatan atas sesuatu tujuan.
No comments:
Post a Comment