Thursday 11 October 2012

dASAR-DASAR ILMU PEMERINTAHAN

ASAR-DASAR ILMU PEMERINTAHAN


PERKARA PERTAMA DAN UTAMA IALAH ketaatan.
Akan kukuhlah sebuah pemerintahan yang di dalamnya wujud ketaatan oleh itu Allah berfirman mengenai dasar ini, “Athiullah wa athiur rasul wa ulil amri minkum”.

Dalam pemerintahan Islam ketaatan disasarkan kepada tiga sasaran:
Pertama, kepada Allah.
Kedua, kepada rasul.
Ketiga, kepada amir.

Taat kepada Allah ialah patuh kepada firman-firman Allah.

Taat kepada rasul ialah patuh kepada sunnah.

Taat kepada amir ialah selama mana ia taat kepada Allah. Tidak diwajibkan, tidak disunatkan dan tidak diharuskan taat kepada amir yang mendurhakai Allah. Hujahnya ialah “La thoa’ta li makhluqin fi ma’shiatil kholiq”. Tidak ada ketaatan kepada makhluk yang berbuat maksiat kepada Kholiq (Tuhan).

Perkara kedua ialah agama.
Agama yang berdaulat di sisi Allah hanya agama Islam. Mengenai dasar ini Allah SWT berfirman, “Innaddina ‘indallahil Islam”. Di ayat yang lain Allah berfirman, “Wala tamu tunna illa wa antum muslimun”.

Pemerintah yang akan ditaati oleh umat Islam ialah pemerintah yang menjadikan atau meletakkan dasar-dasar pemerintahannya di atas Undang-Undang Islam.

Perkara ketiga: Beramal.
Dasar ketiga ini sungguh-sungguh jelas dalam Quran, Allah SWT berfirman, “Lima takuluna ma la taf a’lun”, Kenapa kamu kata apa yang tidak kamu lakukan? Kaburo maktan ’indallahi antakulu mala taf ’alun,” Besar sekali kemurkaan Allah bahawa kamu kata barang yang tidak kamu lakukan.

Perkara keempat: "Lakum dinukum waliyadin".
Bagimu agamamu, bagiku agamaku. Maksudnya dalam pemerintahan Islam, agama itu sungguh jelas perbedaannya yang beragama Islam, ada dinnya yang tersendiri. Yang kafir, ada dinnya tersendiri. Dalam pemerintahan Islam tidak ada fahaman perbedaan kulit seperti apartheid, tidak ada perbedaan darah seperti pariya dan Brahmin. Yang ada ialah perbedaan agama.

Perkara kelima: Tidak boleh memaksa orang lain mengamal agama pegangan kita dan orang lain pun tidak boleh kita beramal dengan agama mereka.
Firman Allah, “La ikroha fiddin, qottabayyanar rushdu minal ghoiy”. Tidak ada paksaan dalam beragama kerana telas jelas yang benar daripada yang sesat. Walaupun kita tidak boleh memaksa mereka beramal dengan agama kita, tapi kita wajib berdakwah kepada mereka. "’Ud u’ ila sabili robbika bil hikmati wal mau ‘i zotil hasanati wajadilhum billati hiya ahsan”.

Keenam: Mengenai taraf lelaki dan perempuan.
Taraf ini telah sangat jelas di dalam Al Quran. Firman Allah “Arrijalu quwwamuna ‘alan nisa’”. Berdasarkan taraf ini maka nasab dihubungkan dengan lelaki sebagai ketua keluarga dan pemegang kuasa talak di tangan suami. Pusaka, lelaki mendapat dua bahagian. Wali nikah di tangan lelaki, teraju pemerintahan dan kehakiman di tangan lelaki, kesaksian lelaki lebih kukuh dari kesaksian wanita. Saksi lelaki hanya dua orang, saksi wanita diperlukan empat orang.

Ketujuh: Mengenai keadilan.
Firman Allah "’Idiru huwa aqrabu littaqwa". Firman Allah lagi ‘Wa iza hakamtum bainan nasi an tahkumu bil adli”. Dan firman Allah lagi, “Innallaha ya’murukum biladli wal ihsan”. Adil itu ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Adil di bidang kepimpinan ialah melantik pemimpin daripada orang yang paling taqwa di antara semua orang.

No comments:

Post a Comment