Sunday, 7 October 2012

alkisah tahta

Mengikut Adat Raja-Raja Melayu warisan Melaka, menjadi Raja kepada sebuah kerajaan diperoleh melalui dua cara.

1) kenaikan takhta sebagai mengganti Sultan yang mangkat atau turun takhta atas sebab-sebab tertentu.

2) penganugerahan wilayah dan penobatan daripada mana-mana Sultan yang masih hidup dengan disertakan alat kebesaran.

Contohnya, Raja Muhammad yang dianugerah Kerajaan Pahang daripada ayahandanya, Sultan Mansor Shah Melaka, Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor 1 atas nobat Sultan Perak, Tun Zainal Abidin yang menjadi Sultan Terengganu 1 atas nobat Sultan Johor Lama dan banyak lagi contoh lain. Inilah sistem yang diamalkan oleh Raja-Raja Melayu sejak berkurun lamanya.

Menjejaki sejarah Melayu lebih awal, Sang Nila Utama sendiri ditabalkan oleh Demang Lebar Daun, Raja Palembang dari Bukit Siguntang yang menyerahkan kerajaan Melayu Palembang kepada baginda dan menobatkannya sebagai Raja Melayu pertama, yang mana Demang Lebar Daun kemudian meletakkan dirinya sebagai Bendahara Melayu yang pertama.

Kebetulan adat pelantikan dan pertabalan seperti ini yang diamalkan Raja-Raja Melayu ada dalil syarak iaitu termasuk dalam proses aqad dan bai’at, dibuat bagi memastikan tidak putus rantaian salasilah sebuah kerajaan Islam dari zaman khalifah selepas wafatnya Rasulullah.

Satu-satunya cara bagi Raja Noor Jan menuntut takhta negeri Melaka adalah dengan menghadap Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Perak sebagai pewaris darah Kesultanan Melaka yang sah dan berdaulat.

Mohonlah perkenan baginda untuk menobatkannya sebagai Raja Melaka dengan disertakan alat kebesaran Kesultanan Perak. Menuntut takhta Melaka semata-mata dengan bersandarkan pada hubungan salasilah dengan Sultan Mahmud Shah 1 (1488-1511) sebagai faktor kelayakan bukanlah muktamad kerana cabang keturunan baginda adalah terlalu besar.

Perjumpaan alat kebesaran Melaka juga bukan bukti, sebaiknya diserahkan kembali kepada Kesultanan Perak sebagai pewaris Melaka.

No comments:

Post a Comment