Thursday 18 October 2012

majlis raja raja

imej003_1Mesyuarat Durbar Yang PertamaMesyuarat Durbar Yang KeduaMesyuarat Durbar Yang KeenamMesyuarat Durbar Yang KelimaMesyuarat Durbar Yang Kesembilan (Yang Terakhir)Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang PertamaMohor Besar Raja-RajaIstiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong XIII dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana NegaraMesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-222 (Hari Yang Pertama) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2010Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-221 (Hari Yang Pertama) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 23 Jun 2010
Perjumpaan Y.A.B. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-213 pada 21 April 2008

Peranan Majlis Raja-Raja


Budibicara Majlis Raja-raja
Anggota-anggota Majlis Raja-raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut iaitu:-
  • Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;
  • Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu Negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja;
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan;
  • Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
  • Pemberi ampun, replief dan respite atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.
  •  Mesyuarat Majlis Raja-raja
    Semua Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh Anggota itu mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu Negeri.
    Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Anggota Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-raja.
    Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda
  •  Majlis Raja-raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila Negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:-
  • Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan - peruntukan Jadual Ketiga;
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-raja;
  • Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
  • Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42
dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar Imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.
Apabila Majlis Raja-raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar Negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Y.A.B Perdana Menteri dan Raja-raja yang lain dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri mereka.
Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja.
Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).
Majlis Raja-raja juga melantik:
  • seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan Tentera, menurut Perkara 137 Perlembagaan.
  • seorang wakil sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa & Pustaka menurut Akta yang berkenaan.
  •  Majlis Raja-raja ditubuhkan secara formalnya dalam tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan sebelum Persekutuan wujud, sembilan Negeri-negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat (British Straits Settlements) telah ditadbir sebagai Malayan Union di bawah pemerintah tertinggi seorang Gabenor British, iaitu antara 01.04.1946 dan 31.01.1948. Singapura yang juga adalah sebuah Negeri Selat telah dipisahkan sebagai Tanah Jajahan British (British Crown Colony). Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Military). Administration (September 1945-April 1946) yang memerintah sementara selepas kekalahan Jepun yang menakluki Negara ini dari akhir 1941 hingga September 1945.
    Sebelum itu Negeri-negeri di Semenanjung di perintah secara berlainan iaitu terdapat lima Negeri Melayu yang tidak bergabung (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala empat pula bergabung sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) terdiri daripada Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan antara 1896 dan 1941 dan juga tiga Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
    Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan Durbar iaitu forum bersama antara Raja-raja dan pihak pentadbir British yang bermesyuarat dari masa ke masa. Durbar itulah precursor iaitu pelopor kepada Majlis Raja-raja sekarang.

No comments:

Post a Comment