Elaun Yang Diterima Sultan Dan Kerabat Diraja Di Malaysia
Di Malaysia agaknya berapa 
perbelanjaan  yang ditanggung untuk menggaji Sultan, Yang Dipertuan 
Agong, Sultanah  dan juga kerabat Diraja Di Malaysia? Sekadar info….
Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong
Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.
Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880
- Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
- Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
- Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM87,880
- Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
- Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)
Selain daripada tu, setiap tahun Agong  akan memperolehi lebih RM53 juta
 bagi menampung perbelanjaan istana,  sambutan tetamu dan juga kos 
pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan  perbelanjaan di istana adalah
 seperti berikut :
- Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
- Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
- Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut  giliran akan turut menerima 
elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri  Agong. Ini sudah tertakluk di 
bawah peruntukkan undang-undang-undang  Malaysia Akta 270 (Akta Istana 
Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan  2006. Dibawah akta ni juga 
elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan  bekas Permaisuri Agong setiap
 bulan bagi tempoh seumur hidup.
Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong
Elaun sebegini adalah pencen untuk balu  Pemaisuri Agong. Contohnya 
jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda  sedang memgang tugas 
sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah  menjadi balu akan turut 
 menerima pencen seperti ini yang tertakluk di  bawah Undang-undang 
Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri  Agong 1979). 
Individu yang sedang memperolehi
1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan  Sultan sudah merasa menjadi 
Agong. Selain memperolehi elaun Sultan  mereka turut menikmati elaun 
bekas Agong setiap bulan iaitu :
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan
Elaun Sultan dan kerabat Diraja 
Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di  setiap negeri adalah di bawah 
peruntukkan negeri masing-masing. Setiap  negeri ada Enakmen Peruntukan 
Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada  sebanyak RM68,080 sebulan
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :
- Raja Muda – RM13,000
- Raja Puan Muda – RM5,200
- Tunku Bendahara – RM4,000
- Bini Tunku Bendahara – RM1,250
- Tunku Temenggung – RM3,500
- Isteri Tunku Temenggung – RM900
- Tunku Laksamana – RM3,000
- Isteri Tunku Laksamana – RM600
- anak-anak Sultan – RM1,000

 
No comments:
Post a Comment