Wednesday, 3 October 2012

am

Dah lama patik tak beri komen dalam page SembangKuala ni. Arwah orang tua patik ada bercerita lisan pada patik arwah yang orang tuanya dulu, Tun Mohd Edham, ada menyertai satu kumpulan “fifth column”. Dengar cerita kumpulan ini diketuai oleh Almarhum Raja Sir Chulan dan arwah datuk patik salah seorang yang jadi orang kanannya. Penaungnya adalah Almarhum Sultan Sir Alang Iskandar. Tujuan penubuhannya adalah untuk menjaga kebajikan orang melayu Islam. Antara orang kuatnya adalah arwah Megat Ibrahim(kaum keluarga Dato’ Seri Dr. Megat Khas) Kota Lama Kiri, Ali Kafi, Hj Hashim (lebih dikenali Hashim Jerlun) dan ada beberapa nama lagi yang saya tak ingat. Mereka ni bergiat secara senyap tanpa diketahui oleh British. Dengar cerita rahsia mereka ini terbongkar apabila British terjumpa senarai nama yang terlibat semasa kematian Almarhum Raja Sir Chulan. Mereka beranggapan kumpulan ini boleh mengancam British lalu Megat Ibrahim dan Ali Kafi ditangkap dan dibuang negeri ke Labuan, sementara arwah datuk patik dan Hashim Jerlun sempat lari ke Sumatera. Mereka dibuang negeri ke Labuan selama 3 tahun dan selepas itu dibenarkan balik ke Kuala Kangsar. Peristiwa ini berlaku pada tahun 30′an. Sekiranya YM Engku ada terdengar cerita ini harap dapat kita kongsi bersama. Patik tak dapat maklumat yang rasmi, dan sekiranya berlaku kesilapan, patik mohon banyak maaf. Mereka yang berkenaan semuanya telah kembali ke rahmatullah. Negara kita pun kini telah merdeka lebih 50 tahun, alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment