Sunday 7 October 2012

kebangkitan sultan

Kebangkitan

Apakah situasi semasa bakal membawa kita kepada satu gelombang baru kebangkitan Ummah setelah direntap dan dihenyak begitu teruk oleh para politikus yang ghairah berlumba untuk menawan Putrajaya? Harap pandangan ini tidak dianggap keterlaluan atas dasar bersangka baik kepada Maha Pencipta.

Kegoyahan Islam di dalam negara ini tentu amat menyesakkan nafas semua penganut Islam yang jujur terhadap agamanya, sayang kepada jemaahnya dan kasih kepada ulamanya. Semua amat maklum bahawa Islam sedang dihimpit dan bakal tewas di tangan manusia rakus yang sedang merencanakan helah belakang tabir sama ada untuk mengekal ataupun merampas kuasa. Situasi getir yang amat memilukan kita semua, Islam telah dimangsakan dengan cara yang tidak sepatutnya.

Institusi Kesultanan dan Raja-raja Melayu juga ikut terancam dalam percaturan politik kotor yang mula mengambil tempat. Turut tercemar ialah dominan bangsa watan semakin terhakis yang akan menyebabkan kehilangan tampuk kuasa. Terasa seperti ada suntikan racun dari luar supaya Islam menjadi rosak dan akan beransur-ansur lenyap dari hati sanubari umat Islam di negara ini. 

Perencana yang sekian lama ingin melumpuhkan kekuatan Islam bagi memudahkan laluan mewujudkan Kerajaan Dunia Baru berkiblat kepada satu agama baru menyembah syaitan (lucifer). Itulah sebabnya Illuminati melalui Soros dan NED bersungguh-sungguh membina jalinan rangkaian Islam Liberal dan sanggup mendanai berbillion dollar untuk melumpuhkan kekuatan Ahlis Sunnah wal Jamaah. Melalui Islam Liberal (Islam pada nama) ini akhirnya beransur-ansur menerima semua agama adalah sama taraf termasuk penyembah berhala.

Kekangan terkuat yang menghalang penyebaran Islam Liberal ini hanyalah Malaysia dan Brunei. Ia menjadi sesuatu yang cukup menarik ketika membincangkan isu terkait dengan konspirasi Yahudi dan kaitannya dengan peristiwa akhir zaman. Walaupun Indonesia mempunyai jumlah penganut Islam teramai dan tidak menghadapi tekanan dari kaum pendatang seperti Malaysia, Islam Liberal sudah lama berkembang di sana dan kini sedang galak menghakis pegangan akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Peristiwa malang bagi Indonesia yang sepatutnya menjadi benteng yang lebih kukuh berbanding negara kita Malaysia.

Apakah perancangan Allah terhadap bangsa Melayu ini? Hanya Dia sahaja yang mengetahuinya. Namun keadaan semasa memang cukup getir, kita umat Islam sedang menghadapi krisis yang terhebat dalam sejarah. Illuminati telah menanam benih perpecahan sejak 100 tahun lampau, namun masih lagi gagal merosakkan perpaduan Ummah. Melalui kepimpinan bangsa sendiri yang dilatih memakai pakaian sekular, lama kelamaan kita telah terhasut untuk meninggalkan tatacara Islam dan mula mengejar kemajuan (duniawi).

Dengan kasih Allah, kita masih lagi mempunyai ulama yang kuat berpegang kepada Islam sejati walaupun terpaksa bertahan penuh sabar dalam diam. Kini atas kehendakNya jua berlaku sesuatu yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini. Kejadian beberapa peristiawa telah mencetuskan satu gelombang baru yang mahu tidak mahu semua terpaksa menerima kehadirannya.  

Kita percaya Allah tidak akan meninggalkan kita sendirian dalam pahit getir menempuh fitnah zaman. Dia tahu masih ada yang setia bermunajat dan berdoa sepanjang malam memohon perlindunganNya, memohon agar bangsa ini diselamatkan walaupun sebahagian besar sedang leka bermain dengan nafsu syahwat.

Sebahagian dari kita yang telah diperangkap oleh jaringan politik mungkin agak resah untuk menerima sesuatu yang baru muncul. Tidak dinafikan akan berlaku kesukaran untuk meninggalkan sesuatu yang telah sekian lama menjadi pakaian selesa. Namun andainya kita dipilih olehNya untuk ikut serta membangunkan ummah ini, nescaya akan mendapat cahaya walaupun sebelum itu ia seorang yang pasik. KehendakNya akan menjadi kenyataan (kun fayakun). Apa yang penting bagi kita ialah keikhlasan mutlak sebagai Muslim dan Mukmin. Nescaya akan mendapat bantuan.

Bagi golongan yang terselamat dari jerat dunia politik ketaksuban (golongan atas pagar - setakat menggunakan saluran politik dalam memilih pemimpin) akan lebih mudah menerima sentuhan gelombang ini dengan syarat ada sedikit rasa kasih pada agama.

Semoga gelombang ini akan terus semarak menghakis fitnah Dajjal yang sekian lama menghantui pemikiran kita semua. Amat diharapkan ia menjadi titik tolak kebangkitan manusia ikhlas berjuang kerana Allah Subhana Wa Taala untuk membuang segala daki sekularisma yang semakin menebal. Kita doakan kejayaan kepimpinan Ulama Mukhlisin ini dan berharap Allah subhana wa Taala melimpahkan rahmat dan pertolongan memudahkan urusan mereka. InsyaAllah.

Memandangkan kita masih lagi dikepung oleh pagar sekularisma (hanya jenerasi sekarang yang memahaminya), kita terpaksa ikut bermain kompang dan berdendang siasah. Apa yang membezakan dari pemain sekuler tulin ialah "keikhlasan" Lillahi Taala. Cara penampilannya sedikit berbeza dari kelaziman. Mereka tiada ketua mutlak sebagaimana pemain politik semasa. Tidak akan berlaku perlumbaan, pertandingan atau jatuh menjatuhkan, pengkhianatan, pancung memancung sebagaimana tradisi politkus semasa.

Amatlah diharapkan ia akan berlaku seperti ini. NGOs bersatu akan memberi baiah kepada sesaorang sebagai pemimpin (bukan ketua). Itulah bentuk khilafah yang kita cari. Setiap ahli NGO akan bermukim dibawah pemimpinnya dan hanya memberi baiah kepada pemimpinnya sendiri, dan pemimpinnya pula memberi baiah kepada salah seorang dari mereka sebagai pemimpin yang memegang amanah keseluruhan ahli. Jika ini berlaku, ia akan menjadi sangat cantik.

Andai ada pemuka baru yang lebih menonjol atau berkeupayaan, pemimpin sedia ada akan memberi baiah kepadanya untuk dilantik sebagai pemegang amanah atau pemimpin baru jemaah. Itu bermakna mereka berkerja untuk Allah, bukan untuk diri mereka sendiri. Andainya ini yang belaku, seluruh ummah wajib bersetia memberi baiah kepada mereka untuk melakukan pembersihan. Hayat dunia sekular akan ditamatkan di bumi bertuah ini. Semoga Allah perkenankan permohonan hamba-hambaNya yang sekian lama menderita dibawah sistem Yahudi ini. Perkenankanlah doa kami Ya Allah........

No comments:

Post a Comment