JW adalah anak jati negeri bersejarah MELAKA
Walaupun JW lulusan
dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi, tetapi minat JW pada
sejarah negeri Melaka amat mendalam kerana sifat ingin tahu sentiasa
bermain difikiran dan setelah dikaji beberapa perkara yang berkaitan
ianya menjadi lebih kompleks dari apa yang dijangkakan
Perkara
ini menjadi lebih menarik apabila banyak bahan sejarah negara termasuk
artifek yang berharga telah dibawa keluar oleh penjajah. Oleh itu
sejarah negara terutama sejarah Melaka agak kabur dalam pelbagai aspek
sehingga menimbulkan andaian yang ditafsirkan sebagai lagenda dan ada
sesetengah pihak agak terdesak memerlukan bukti kukuh untuk dicatatkan
sebagai sejarah.
Pada hakikatnya Melaka pada suatu ketika dulu pernah mempunyai empayar yang amat luas seperi rajah.
Atas
dasar ini kita perlu balik ke pangkuan agama yang menjadi teras rujukan
kita terutama ketika kita dalam kesesatan kerana kekurangan bahan
kajian. Sejarah Berulang Kembali adalah merupakan kata-kata keramat yang
digunakan orang seluruh dunia. Manakala pembohongan menjadi sebahagian
daripada perjalanan sesuatu sejarah itu sendiri dan ianya juga menjadi
penyebab jatuhnya sesebuah empayar.
Sesungguhnya ini merupakan
pendedahan berani JW kepada anda sekalian terhadap pelbagai kemelut yang
berlaku sekarang serta menyentuh secara terang-terangan institusi
diraja atau Kesultanan Melayu Melaka khususnya. Ini secara tidak
langsung akan mencemarkan institusi itu sendiri dan apatah lagi mereka
yang pernah mendakwa Sultan Melaka tidak diambil sebarang tindakan
walaupun pelbagai pihak menafikannya.
Tindakan kerajaan yang mengambil mudah soal ini telah mengundang persoalan yang lebih besar antaranya adalah;
Dimanakah
letaknya maruah MAJLIS RAJA-RAJA yang terpaksa berdiam diri walaupun
dicemari sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu? Sedangkan bangsa
sendiri tidak menghormati raja atau sultannya, oleh itu janganlah kita
menaruh harapan bangsa lain akan menghormatinya.
SEJARAH BERULANG KEMBALI
Kesultanan
Melayu Melaka khususnya merupakan hirarki yang tertinggi dalam
kepimpinan negara. Sepatutnya ianya harus dihormati dan dipelihara
kedaulatanya. Sesungguhnya sultan yang berdaulat sentiasa disanjungi
rakyat jelata.
Kalau dikaji sehalus-halusnya, kedaulatan sultan itu datangnya dari beberapa sumber yakni:
Melalui Sejarah Melayu :
Keturunan Sultan Melayu berasal dari RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN
(Keturunan Nabi Ishak A.S ).
Melalui Sejarah Melayu :
Perkahwinan dengan Puteri India telah mengikuti amanat Nabi Allah Khidir A.S
Melalui Sejarah Melayu :
Perjanjian
Sumpah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun iaitu “Raja tidak boleh
zalim terhadap rakyat dan rakyat tidak boleh menderhaka kepada Raja.
Kebanyakan
Sultan di negara ini berketurunan Syed yang bermaksud keturunan ARAB
Bangsa Quarish. Yang mana pada tahun 2005 kerabat diraja di beberapa
negeri pernah mengambil inisatif dengan memanggil pengkaji-pengkaji
sejarah dan para ulamak diseluruh nusantara untuk memastikan kewujudan
pertembungan susur-galur Rasulullah S.A.W dengan Kesultanan Melayu.
Sebagai
Pemerintah Islam yang berdaulat akan sentiasa disanjungi rakyat jelata
yang bersatu-padu tanpa berbelah-bahagi dengan membina empayar menentang
musuh yang berpengalaman, lebih kuat dan besar seperti kerajaan
MAJAPAHIT dan SIAM. Kesultanan Melayu Melaka amat mengutamakan
kepentingan rakyat dan ini dituntut oleh Islam. Atas dasar ini Melaka
menjadi sebuah empayar yang makmur, hebat dan mahsyur serta disegani di
rantau ini suatu ketika dahulu.
Kenapa pihak berwajib tidak memandang serius terhadap kewujudan Sultan Melaka.
JW
kehairanan mengapa dan kenapa ramai sangat orang yang mendakwa sebagai
Sultan Melaka sejak kebelakangan ini. Sesungguhnya kedaulatan sultan
jangan dipandang remeh. Sebab itu kita lihat banyak tempat atau tapak
sejarah di negeri Melaka masih menjadi misteri dan akan terbongkar
satu-persatu setelah naik tahktanya Sultan Melaka yang sebenar.
Sultan Mahmud Syah Keturunan Raja Parameswara Penuh Kontroversi
Sebagai
rakyat jati Melaka, JW amat tersinggung terhadap pemerintah negeri yang
telah menukar taraf kediaman Gabenor Melaka kepada Istana di Bukit
Beruang Melaka baru-baru ini. Seperti mana yang kita sedia maklum,
istana merupakan kediaman sultan atau raja sahaja. Asal sejarah Negeri
Melaka adalah negeri berdaulat. Jangan jadi bangsa Melayu yang tidak
beradab untuk mencemarkan minda generasi akan datang. Inspirasi
terbinanya Istana Melaka kini mendorong ramai yang menuntut menjadi
sultan.
Sudahlah menjadi satu sindiran pada anak Melaka bahawa;
Ada Bukit dan Lubok diberi pada Cina,
Ada Tanjung dan Kampung diberi pada Keling,
Ada Tempat juga diberi nama Kampung Portugis, Kampung Belanda dan Kampung Jawa,
Sedangkan Kampung Melayu dinamakan Kampung Morten.
Sekarang tambahan lagi ada Istana tak diberi kepada raja
APA DAH JADI !!!
Setahu
JW Putera Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po menjadi Sultan di
Langat Selangor. Manakala Sultan Melaka yang terakhir adalah Raja Haji
anak Daeng Celak yang telah berjaya mengambil kembali empayar Melaka
setelah menewaskan Belanda. Susurgalur yang berkaitan datangnya dari
negeri Selangor dan Perak iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah 1 Marhum
Durian Sebatang (1851-1857) mempunyai Putera bernama Sultan Yusuf
Sharifuddin Mu`azal Shah yang pernah menjadi Sultan Perak selama setahun
sahaja. Baginda menghilangkan diri bersama-sama Alat Kebesaran ekoran
Peristiwa Pasir Salak dan telah berhijrah ke Klebang Besar Melaka dan
telah menyamar orang kebanyakan. Penduduk setempat menggelarkan baginda
Sultan Arab Nurhabib dengan panggilan Nurbib. Baginda juga mempunyai
anak bernama Raja Patimah yang masih hidup hingga kini (01/2006) dan
telah pun berusia 78 tahun. Di akhir hayat Baginda telah amanahkan
banyak Alat Kebesaran Diraja termasuk Kesultanan Melaka kepada anaknya
ketika itu berusia 15 tahun.
JW bagi pihak pencinta sejarah
berharap mana-mana pihak terutama Pengkaji Sejarah, Pihak Jabatan KIMIA
Dan Forensik yang masih meragui kenyataan saya ini bolehlah menghubungi
Jejak Warisan.
Sesungguhnya Jejak Warisan cuma mendedahkan
kebenaran kerana orang yang berhak berdiam diri, menyerah takdir
menyebelahinya pada suatu hari nanti tanpa dituntut, kerana haknya tetap
kepunyaanya. MasyaAllah, InsyAllah.
Seperti Seiring Camar Pulang Setia Pada Janji
No comments:
Post a Comment