Sunday, 7 October 2012

ankara british

Baru-baru ini Pendita sekeluarga berkunjung ke Medan, Sumatera Utara. Sebenarnya Pendita bukanlah ada hajat hendak ke Medan ini cuma sahaja ke situ untuk lihat-lihat. Sebab ramai bercerita tentang Medan. Jadi Pendita pun hendak juga tahu apa sebenarnya yang menarik. Tentang Medan ada 3 perkara menarik:-

a) Kesultanan Deli dan Masjid Raya
b) Batak dan Rajanya serta Danau Toba
c) Beli-belah

Oleh kerana Pendita tidak berkunjung ke Danau Toba, maka perkara (a) sahaja topik perbincangan. Manakala topik (c) langsung tak menarik minat Pendita. Tapi suka juga tengok isteri Pendita memborong kain-kain di Pasar Ikan. Jikalau puan-puan ke Pasar Ikan, pastikan datang awal pagi kerana ada satu kefahaman soal jual-beli waktu ini iaitu harga "pecah telor". Selamat mencuba.

Kesultanan Deli

Sejarah lengkap tentang Kesultanan Deli boleh didapati di dalam banyak web terutamanya Wikipedia.

Sebagaimana diceritakan waris semasa lawatan Pendita ke istana Maimun, sultan Deli yang pertama adalah bekas seorang panglima perang yang banyak berjasa di dalam kerajaan Aceh semasa Iskandar Muda. Oleh kerana jasanya yang besar, beliau diberi kuasa untuk menjaga sebuah daerah. Lama-kelamaan kuasa beliau bertambah gemilang, maka ditabalkan sultan Aceh dengan taraf Seri Paduka Sultan dan berkerajaanlah baginda dengan Kesultanan Deli yang baharu.


-Istana Maimun-


-Masjid Raya-

Namun, Pendita musykil apakah Kesultanan Deli adalah sebuah kesultanan Melayu yang tulen? Mengikut sejarah, sultan pertama Deli berasal dari Delhi, India. Jika ini benar, maka kesultanan Deli adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan budaya pemerintahan Sriwijaya tetapi raja-rajanya bukan dari susur-galur raja-raja Melayu yang berdaulat.

Menariknya, ada sesetengah kita pula musykil bahawa benarkah raja-raja Melayu sekarang ini benar-benar berdaulat? Ya, berdaulat! Kerana masih berkuasa. Berdaulat bukan maksud ada kesaktian tertentu. Berdaulat kerana masih kekal berkuasa.

Jikalau tidak sudah lama British mansuhkan sahaja raja-raja Melayu ini dengan hanya menandatangani sebuah watikah! Apa hairannya British dengan penentangan terhadap Malayan Union walhal 40 hari sahaja Melaka dibedil sudah tumbang rajanya.

Sebab British tahu perkara yang ramai diantara kita jahil tentangnya. Darah-daging DNA raja-raja Melayu yang masih berdaulat hingga kini adalah daripada darah-daging DNA raja-raja purba yang tidak pernah putus keturunannya!

Sudah tertulis di langit raja-raja Melayu tetap berkuasa serta membela agama langit Islam. Datanglah Chola, datanglah Chakri, datanglah Alfonso, banzailah Jepun, liciklah Inggeris, kejamlah Komunis, dan konfrantasi Soekarno. Namun, kerajaan wangsa besar Melayu tetap utuh, kukuh, padu, perkasa bak tembok Yakjuj dan Makjuj tinggalan Maharaja Zulkarnain! Tiada dapat bangsa lain memerintah di sini melainkan kepanasan.

No comments:

Post a Comment