Sunday, 7 October 2012

yang ingin tahu


gustiadipati : ADA LAGI KE ISTIADAT NIE?

hazz : orang perak rasanya tahu istiadat ini terutamanya yang duduk di kawasan kuala kangsar, bandar diraja perak?

livtylerjadian : Ekceli tak mustahil orang orang besar mcm ni berdampingan dgn jin atau yang seangkatan dgn nya.

pakcik kordi : Setahu pakcik, antara istana raja raja Melayu yang kuat mengamalkan adat istiadat seperti ini ialah Perak, Selangor dan Pahang. Tapi istana Perak mungkin lebih kuat sebab keturunan salasilah di rajanya memang bersambung ke kesultanan Melaka dulu. Mungkin daulatnya kuat berbanding raja raja lain

lomang : setahu aku kumpulan Nobat nih bukan calang2 org boleh main... mereka nih mewarisi dari datuk ke anak cucu.... ada gak Raja yang resah gelisah kepanasan bila duk bersemayam tak tahan dengan badi Nobat...bila tak de dulat tu jadik muntah darah... kerajaan jin tak terima agak nyer....

hazz : kisah nobat memang dah betul, pemainnya datang dari kerabat yg 8,16 atau 32 atau yg mewarisi turun temurun

raja resah? kerajaan jin? so far takde tapi yang didampinginya YA, kalau resah yang teruk adalah orang kebanyakan tapi ada yang bertahan sehingga kini...

marlb20 : kerajaan Perak sejak dari dahulu kala memang ada pendamping...termasuk panglima2 nya...

hazz : " istana Perak mungkin lebih kuat sebab keturunan salasilah di rajanya memang bersambung ke kesultanan Melaka dulu. Mungkin daulatnya kuat berbanding raja raja lain"

hazz rasa dah memang betul lah nie tapi nak tahu pengakhir istiadat pertabalan jin. Lagipun Beras Beting Basah berkenaan ngan kisah istiadat nie kan?

awang zahri : Dengar kata... disebabkan permaisuri Sultan Perak bukan berdarah bangsawan... maka jin2 istana Perak telah dikumpulkan di satu bilik khas.

Yg Istana lama tu pula... (Yg dah jadi muzium tu)... memang keras sikit. Masa Sultan Idris mangkat, katanya ada bunyi nobat dimainkan.

zul84 : ntahla ckgu sjarah aku pn ckp yg perak paling kuat bnda2 cmni.dia bgtau mase sultan idris mngkat dulu nobat tu berbunyi sndiri.tp ntahla..

hazz : Pasal Permaisuri Sultan Perak YES dia bukan darah bangsawan tetapi they all bukan tinggal sana lagi di Bukit Chandan, sekarang di Istana baru di Ipoh.

Istana Bukit Chandan memang keras tempatnya, itu memang saya akui... Istana Iskandariah & Istana Lama pun sama jugak seperti di Bukit Chandan.

Kematian seorang raja melayu selalu dikaitkan dengan nobat, please read below :

Perkataan NOBAT adalah berasal dari Negeri Parsi yang bermakna sembilan (9) jenis. NOBAT dirangka mengandungi :-

1. Gendang Nobat - biasa dikenali sebagai Gendang Nyennyalu.
2. Nafiri - digunakan dalam memulakan sesuatu lagu Nobat.
3. Gendang Nengkara - gendang yang membawa lagu.
4. Serunai - alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan.
5. Gendang Penengkah - gendang yang memasuki irama
didalam sesuatu lagu.

Diantara senarai yang tersebut diatas, Gendang Nobat adalah yang paling di hormati. Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan di gunakan untuk kegunaan Di Raja sahaja. Walau bagaimana pun DYMM Paduka Seri Sultan Perak boleh menitah NOBAT ini digunakan untuk mengiringi sesuatu istiadat atau dalam upacara menghormati jenazah. Kepentingan kehormatan yang diberi adalah bergantung kepada alat-alat yang digunakan.

Untuk NOBAT DIRAJA PERAK hanya lima daripada sembilan alat digunakan pada setiap masa. Pemain-pemain Alat Nobat adalah terdiri daripada keluarga-keluarga tertentu sahaja iaitu mereka yang berketurunan Orang-Orang Kalur.

Pada zaman dahulu kawasan BilikNobat dipagarkan dengan bulu ayam dan sesiapa yang mencerobohi kawasan ini akan dihukum dan didenda. Ketua Nobat diberi gelaran Toh Setia Guna dan pembantunya bergelar Toh Setia Indera.

Mengikut Adat Istiadat Negeri Perak tiada Sultan yang boleh dianggap berdaulaat sehingga ia nya ditabal dengan bunyian NOBAT. Mengikut Adat Lembaga Negeri Perak menyatakan bahawa rangka yang digunakan didalam membuat gendang-gendang NOBAT adalah berasal daripada 'Teras Kayu Jerun' dan kulitnya adalah daripada 'Kulit Tumur'.

Pada zaman dahulu kala sebelum masuknya Islam, Kulit Gendang Nobat ini diperbuat daripada Kulit Perut Orang Perempuan Mengandung Sulung....walau bagaimana pun ini telah bertukar dan pembaharuan rangka ini sekarang diperbuat daripada kayu keras dan kulitnya daripada kulit kambing.

Lagu-Lagu NOBAT DiRAJA NEGERI PERAK :-
1. RAJA BERANGKAT (GENDANG BERANGKAT)
2. PUTERI MANDI MAYANG.
3. RAMA-RAMA TERBANG TINGGI.
4. KUMBANG SI KUMALI. (KUMBANG KEMBALI).
5. ARAK-ARAK ATANDIS. (ENTEALS) (ARAK-ARAK UNTANDAI).
6. ALEH-ALEH PANJANG.
7. ALEH-ALEH PANDAK.
8. DANG GENDANG.
9. LENGGANG CHE' KOBAT.
10. JONG BER-ALEH.
11. ANAK RAJA MEMBASUH KAKI.
12. GENDANG PERANG.
13. NOBAT TABAL.
14. NOBAT RAJA.
15. NOBAT KHAMIS.
16. NOBAT SUBUH.

NOBAT SUBUH, NOBAT KHAMIS dan NOBAT RAJA hanya boleh dimainkan di sebelah pagi dan petang dan NOBAT TABAL dimainkan semasa pertabalan dan permakaman jenazah. Lagu PUTERI MANDI MAYANG dimainkan semasa menyambut ketibaan Bulan Ramadhan tiga petang berturut-turut iatu pada petang 28, 29 dan 30 dalam bulan Sya'aban pada tiap-tiap tahun.

RAJA BERANGKAT (GENDANG BERANGKAT) iaitu lagu yanng dimainkan semasa Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak berangkat mencemar Duli di upacara rasmi.

NOBAT DIRAJA PERAK dibunyikan untuk upacara atau istiadat saperti berikut :_
1. sesuatu yang berkaitan dengan peribadi DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
2. masa pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Perempuan Perak atau YTM Tengku
Permaisuri Perak.
2.1 Masa Istiadat TABAL JIN.
2.2. Masa Istiadat BERSIRAM TABAL (MANDI SAMPAT).
3. hari MELETAK KERJA (Memulakan Kerja).
3.1 hari Meletak Kerja untuk menyambut perayaan Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
3.2 hari Meletak Kerja kerana perkahwinan atau berkhatan Putera dan Puteri DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
3.3. Perarakan mengambil AIR DATU (Air Bersiram Tabal) dan BERLIMAU BESAR (tertakluk kepada titah
DYMM Paduka Seri Sultan Perak).
4. Istiadat di Balairong Seri Menyambut Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
5. Istiadat Menjunjung Duli. (Perlantikan Raja Bergelar atau Orang Besar Negeri Perak).
6. keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak melawat ke luar negeri. (tertakluk kepada titah Sultan).
7. mengiringi jenazah DYMM Paduka Seri Sultan Perak atau DYMM Raja Perempuan Perak atau YTM Tengku
Permaisuri Perak ke Makam Di Raja.
8. perkahwinan dan berkhatan Putera dan Puteri DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
9. istiadat kebesaran negeri iaitu pada masa lawatan Raja-Raja Negeri lain ke Negeri Perak.
10. hendak memulakan Puasa pada bulan Ramadhan - tiga petang berturut-turut iaitu pada petang 28, 29 dan 30 dalam
bulan Sya'ban pada tiap-tiap tahun.
11. pada petang 24 Ramadhan menyambut malam 25 Ramadhan, dan petang 28 Ramadhan hingga sampai petang
malam Hari Raya Aidil Fitri.
12. pada masa DYMM Paduka Seri Sultan Perak bersiram pada pagi Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Ad'ha.
13. tiap petang berturut-turut hendak menyambut Hari Raya Aiil Ad'ha. iaitu petang 7, 8 dan 9 Zulhijjah.
14. menyambut keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke Masjid kerana bersembahyang Hari Raya
Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Ad'ha dan berangkat meninggalkan Masjid.

awang zahri : Great info Hazz. Pasal Permaisuri Perak tu... katanya... antara sebab2 mengapa depa tak tinggal kat Bukit Chandan adalah kerana permaisuri 'tak serasi' tinggal kat situ. Ini.. kata kawan Awang la... cucu Sultan Idris... (Mungkin juga dia tipu Awang yg inesen ni.)

hazz : cerita yang tak serasi tu memang betul, katanya kena ganggu & panas. nak tipu pun tak boleh sebab orang istana sendiri yang mengaku begitu sebab tu pindah rumah baru. entahlah, bagi hazz, apa pendapat orang sekeliling itu adalah mereka tetapi apa yang permaisuri alami semua orang tak tahu kecuali dia.

kekadang terfikir jugak, apa terjadi Raja Nazrin Shah (anak sulung Sultan Azlan) berkahwin dengan orang kebanyakan dan pada masa yang sama dia ditabalkan menjadi Sultan Perak selepas Ayahandanya Baginda Sultan Azlan? Mungkin fenomena ini berlaku balik selepas apa Bonda Permaisuri alami dulu?

Apa pandangan anda?

katakhujan : aphal wat upacara tabal jin time senja..tak sembahyang magrib ker...baik solat maghrib berjemaah..dapat gak pahala..bukan ker solat itu amalan yang pertama sekali dihisab pada hari akhirat...???

hazz : upacara tabal jin tetap berlaku hanya di kalangan raja raja melayu, bukan nak kata menyembah tapi benda nie berlaku semenjak dulu lagi.

jackthekiller : Ada kaitan dengan DAULAT ke>?...

hazz : memang ada kaitan dengan DAULAT, tak kena betul muntah darah dengarnya...

DAULAT raja raja melayu lain sedikit, nak kata sihir bukanlah tetapi hanya yang berdarah raja akan tahu semua benda ini.

No comments:

Post a Comment