Thursday, 11 October 2012
menyatukan umat islam
JADI FASIKNYA UMARA’ KERANA ULAMA USSUK MENJADI PENASIHATNYA. Tugas kita sekarang menyingkirkan semua ulama ussuk daripada umara’ yang fasiq kemudian merapatkan umara’ fasiqin kepada ulamaul ‘amilin wassolihin. Umara’ yang fasiqin itu masih boleh diberi kesedaran tetapi dengan syarat jangan ada seorang pun ulma ussuk di sampingnya.
Ulama ussuklah yang merosakkan umara’. Umara’ itu sendiri adalah tong kosong dia bergendang mengikut rentak ulamanya. Kalau suk ulama’nya, dia jadi suk. Kalau al’amilin wassolihin ulama’nya, maka dia jadi al ’amilin wassolihin. Atur rancangan serapi-rapi mungkin untuk mencapai tujuan ini Ulama tidaklah hina bila dia melangkah kakinya ke gerbang umara’ dengan rancangan untuk berdakwah dan tarbiyah. Yang jadi hina kerana menjilat umara’ fasiq itu.
Umara’ tidaklah hina menjejak kaki ke gubuk ulama al’amilin wassolihin bahkan mulia jadinya beliau itu apabila mendatangi ahlul ilmi dan ahlul amal. Ziarah menziarahi antara kedua-duanya adalah penting oleh itu atur program supaya kedua-dua golongan ini sering ziarah-menziarahi sehingga ulamaul ‘amylin as solihin bersahabat dengan umara’ dan melalui persahabatan inilah umara’ yang fasiqin itu didakwah dan ditarbiah. Seseorang itu dikenali melalui siapa sahabatnya, kalau baik sahabatnya dia adalah orang baik. Kalau jahat sahabatnya, dia adalah orang jahat.
Pejuang-pejuang Islam yang mewarisi perjuangan rasulullah dan sahabat-sahabat hendaklah bersahabat dengan umara’ dan rakyat supaya mereka ikut-ikutan terpengaruh dengan akhlak, pandangan dan sikap hidup pejuang-pejuang Islam itu. Program ini hendaklah disusun rapi, dirancang dengan teliti sampai berhasil.
4:03 PEATNG SABTU, CAPE PANWA, PHUKET, THAILAND.
4:14 PETANG. DI ALAM MELAYU INI, ulama arab menjadi penasihat kepada raja-raja, maka dengan itu Islam berkembang. Sejarah itu mesti diulang, cipta semula seperti lagu lama didendang kembali supaya ia sedap didengar telinga. Rakyat merindui agar ulama menjadi penasihat umara’ bukan konsultan. Kerinduan mereka seperti rindunya sahabat nabi akan suara azan Bilal bin Rabah r.a. Suara ulama perlu keluar melalui corong mulut umara’ dan umara’ perlu memakai baju ulama'. Umara’ perlu di makeup oleh ulama bukan konsultan. Ulama akan bersiasah tetapi bukan siasah demokrasi dan bukan siasah komunis. Siasah ulama ialah siasah para nabi yang mengajak manusia menuju Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment