Thursday 11 October 2012

Pada zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Maulana Sultan Mahmud Syah di Melaka dan Yang DiPertuan Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah 1650 Masehi yang bersemayam di Langkawi telah disebut berkenaan British India Company yang datang berniaga di Kedah.

(Dan dalam UUK ini juga ada disebut Undang-undang Laut Melaka kerana pada tahun 1650 masehi Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka ayahanda kepada Duli Yang Pertuan Sultan Mansor Syah Langkawi masih ada. Jadi Melayu Mangkok mana yang dikatakan dijajah Portugis 1511 sedangkan Sultannya masih ada lagi di Melaka?

Jadi Melaka yang mana satu yang dinyatakan dalam UUK? Dan nama Negeri Sembilan pun belum wujud pada tahun 1650 -- baru je ada nama Negeri Sembilan masa zaman British abad ke 19 masehi -- kalau tidak percaya boleh "tanya sama pokok".

Walaupun begitu nama golongan asal yang mendiami wilayah yang hari ini kita kenali sebagai Negri Siembilan (walaupun cuma ada 7 daerah sahaja dan lebih besar dari Melaka Bandar Hilir yang tidak punya apa hasil berbanding Lukut wilayah Melaka yang asal yang punya bijih timah dan punya perlabuhan sendiri iaitu Port Dickson bersempadanan dengan Klang - Prang Besar - Banting - Rembau dibawah selian Raja Bot Selangor keturunan Bugis) iaitu golongan Biduanda yang tetap dikenang dan bersemadi nama golongan ini didalam UUK MS37 dalam fasal membawa alat kerajaan Adat Raja Johor yang berbunyi "...membawa dia anak hulubalang orang baik-baik, anak Biduanda pun namanya".

Sudah tentulah apabila dipakaikan gelaran biduanda ini kepada golongan Melayu Asli iaitu Semang Jakun dan Sakai maka secara otomatis mereka ini ada tempat dalam kerajaan Islam Siam Kedah purbakala, sudahpun menerima tamadun pada zaman itu bukannya semacam orang Asli pakai cawat semacam yang ditohmah orang hari ini. Oleh kerana itu Melayu Asli pada zaman itu adalah golongan Biduanda, golongan hulubalang dan orang yang baik-baik!)

"Dan jika kompeni dari Gujarat atau dari negeri كاليڠ seperti surat kompeni dari Melaka juga" UUK MS 16.

Ayat ini menceritakan peranan Bristish India Company yang berpengkalan di Gujarat atau negeri كاليڠ (India) dan juga Melaka yang datang ke Alam Melayu dengan topeng niaga sambil mengintai peluang untuk menjajah Empayar Islam بنوا سيم كداه

Kedatangan mereka ataupun surat yang diutus oleh kompeni itu tetap bersambut dengan adab dan sopan tetapi tidak bertetapan disambut dengan gong, gendang dan serunai (UUK MS15) dan bila sebut gong, gendang, serunai maka pastilah lagu كداه . (Nak lagu mana lagi?)

(British India Company ditubuhkan pada tahun 1600 masehi bertujuan menjalankan 'perniagaan' dan menjadi Chief Agent Imperialism British di Asia. Mereka menjadi dalang kejatuhan Empayar Moghul India, Emperor China dan juga Empayar Islam بنوا سيم كداه )

Antara sebab lain mereka menjatuhkan Ayuthia Islam adalah kerana mereka ingin menjadikan Burma (Perlabuhan Pegu), Penang, Melaka dan Singapura (Straits Settelment) sebagai perlabuhan utama bertujuan menyekat negara Eropah yang lain seperti Belanda, Perancis, Portugis dan juga Sepanyol daripada memonopoli laluan Selat Melaka dan Laut Kedah.

Dengan strategi itu Inggeris berjaya mendominasi tiga wilayah penting di Asia iaitu India, Semenanjung Siam Melaka, dan China.

Kemudian, dengan bantuan talibarut mereka, dengan Singapura Bukit Zion pula menjadi pusat pentadbiran yang baru, maka mereka pun menjalankan segala kegiatan dan propaganda mereka untuk menjahanamkan sejarah empayar Islam di Alam Melayu.

(Pertama sekali dengan meletakkan Melaka Bandar Hilir sebagai pusat Islam bermula hanya 1404 masehi, padahal disitu jika dikaji adalah pusat missionari Kristian menjalankan dakyah bersama Munshi Abdullah.

Dan pastinya sejarah yang ditutup adalah sejarah Islam mula tersebar lebih awal di utara Semenanjung Siam Melaka iaitu sebelum 812 Masehi tarikh Undang-undang Kedah 220 Hijrah SIAP ditulis)

Dengan bantuan Kompeni British juga (chief agent - al JASSASAH), maka Puak Kafir Dari Gunung mula menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma setelah Kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah Melaka, Maharaja Ayuthia yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi pada tahun 1757/58.

Seperti yang kita semua sedia maklum, sasaran mereka (tentera Burma dan Kampenj) yang seterusnya adalah Pulau Salang atau Po Khaeg Melayu (Puket) dan seterusnya adalah Pulau Langkawi -- kampeni datang dari pulau maka mencari pulau.

Dalam kisah ini dikatakan Burma Buddha meminta Qodah menghantar Bunga Emas ke Burma dan bukan lagi ke Syarif Syah. Dan Qodah amat berbesar hati untuk berbuat demikian kerana ingin lepas dari Siam Kedah (didalam UUK ada disebut سيم dan كداه dengan ejaan jawi yang asal)

Disinilah konflik sejarah mula timbul, yang menjadi perdebatan sehingga ke hari ini, iaitu mengapa Qodah sanggup berada dibawah Burma ataupun Thai Bangkok tetapi tidak dibawah Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Ekataat Duli Yang DiPertuan بنوا سيم كداه.

Sejak pada itu bermulalah perang Musuh Bisik sehingga mengakibatkan kejatuhan Empayar Islam بنوا سيم كداه

Tinggalannya hanya puing yang bernama Qodah. Dan hanya pada tahun 1873 selepas kukuh cengkaman Thai dan Kampeni terhadap negeri-negeri Melayu, barulah keris mula dimasukkan ke dalam Bendera Siam Buddha(Thai) seperti yang termaktub dalam buku diatas.

COA pada bandeira itu adalah antara bukti kukuh tanda akur pemimpin Melayu Qodah kepada penjajah Thai Buddha.

Para pembaca tidak perlulah terpinga-pinga dengan sejarah ini kerana lihat sahaja apa yang berlaku di Burma dan juga Selatan Thai dalam dunia moden hari ini sudah cukup untuk memberikan gambaran awal tentang sejarah peperangan yang disebutkan dalam kisah Sejarah Realiti Empayar
الإسلام بنوا سيم كداه

Siasat Sejarah Bangsa dan Negara demi Agama.

(Luang Phra Bang dengan Thai/Burma memang mempunyai pertalian darah. Jika dikaji secara mendalam semua raja-raja Buddha yang ada di benua Siam hari ini adalah berasal dari Luang Phra Bang -- menurut penulis buku diatas, mereka sangat berahsia tentang hal salasilah raja-raja mereka sebab itu salasilah itu hanya bermula pada tahun 1868

No comments:

Post a Comment