Wednesday, 3 October 2012

am3

Lama juga saya tak menziarah SembangKuala, PC rumah rosak (surprisingly all three PCs rosak serentak!) Saya amat tertarik dengan this Fifth Columnist. Memang benar perkara ini memang wujud dan that Megat Ibrahim you mention is MY GREAT GRANDFATHER. Datuk saya adalah anak lelaki sulung Megat Ibrahim dan bapa saya adalah anak lelaki sulung dan saya juga anak lelaki sulung. (dengan lain perkataan, kalau macam cerita Godfather, Megat Ibrahim tu Vito Corelone, dan tok saya Santino lah)
Perkara berlaku antara tahun 1920an hingga 1932.
Tahun 1932 Megat Ibrahim, Hashim Abdullah, Itam Ishak, Mat Ali Kapi dan Wan Mat Ali dibuang negeri ke Pulau Labuan
Dalam rekod British, kesemua tokoh ini dianggap penjahat/penderhaka/pemberontak. Mereka dibuang negeri selama 5 tahun tetapi Almarhum Sultan Iskandar memberi Royal Pardon selepas 3 tahun pembuangan. FYI, sewaktu di Labuan, Megat Ibrahim ada mengambil dua orang anak angkat dan later on dibawa balik ke Perak. Kedua anak angkat ini dikahwinkan dan berzuriat. Yg perempuan masih hidup dan tinggal di Labuan sekarang. Rumah tempat pembuangan mereka dari Perak pun diorang masih boleh tunjukkan.
Dalam rekod British: rujuk M L Wynne – Triad and Tabut.
Dalam rekod perundangan: Megat Ibrahim vs British Resident (High Court Kuala Lumpur 1930/1931/1932)
Dalam kedua2 rekod ini dikatakan mereka di atas merupakan penjenayah. Walhal, mereka semua adalah pembela rakyat bila ditindas oleh British. Pembesar yang terlibat tetapi terselamat daripada tindakan British termasuklah:
Wan Shamsuddin Bin Wan Hussain (Toh Muda Orang Kaya Temenggong)- British pecat beliau daripada gelaran Toh Muda
Wan Razalli Bin Wan Md Isa (Toh Muda Orang Kaya Menteri – later jadi Orang Kaya Menteri, bapa kepada present Toh Muda OK Menteri)
Tun Ismail Bin Daud of Bukit Chandan (ingat haritu ada student architecture bertanya tentang rumah di Bukit Chandan?)
Raja Mardziah Binti Raja Kulop Muhammad (balu Almarhum Sultan Abdul Jalil)
Mengenai Raja Sir Chulan, rahsia terbongkar sebelum kemangkatan Raja Sir Chulan. Ianya terbongkar di Bukit Chandan tapi saya kurang pasti di mana British jumpa list ATAU British sengaja ‘plant’ the list.
Cara pembuangan ke Labuan pun dilakukan seperti pembuangan Sultan Abdullah, Menteri, Laksamana & Shahbandar – dibuang tanpa diberitahu ahli keluarga. Menurut cerita nenek saya, mereka semua ditahan di Penjara Taiping. Secara kebetulan, anak sedara Megat Ibrahim merupakan pegawai perubatan kerajaan dan telah diminta oleh Megat Ibrahim untuk membuat check-up untuk semua tahanan. Pegawai perubatan tersebut adalah Dr Megat Khas (bapa Tan Sri Megat Najmuddin).
Seperti biasa, selain drpd datang sebagai doktor, Dr Megat Khas membawa buah tangan seperti makanan bungkus yang dikirim oleh ahli keluarga. Surprisingly, Megat Ibrahim berkata “nah, kamu pulangkan lebih nasi aku ni, kot2 ada yang nak merasa”.
Apabila sampai ke rumah, dan dibuka bungkusan nasi, ada mesej pada bungkusan yang mengatakan – “esok pagi bertolak naik keretapi untuk dibuang ke Labuan”. Kalau tak kerana mesej ini, ahli keluarga pun tak tahu yang mereka semua akan kena buang.
Banyak lagi ceritanya tetapi kalau berdasarkan rekod rasmi, memang semua tu penjenayah la. It’s about time kita perbetulkan sejarah.

No comments:

Post a Comment