Thursday 18 October 2012

pemulihan majlis durbar

Pemulihan Durbar
Berakhirnya Perang Dunia Pertama, telah memperlihatkan perubahan yang penting dalam pentadbiran Negeri-Negeri Tanah Melayu. Pihak British akhirnya memaksa negeri Terengganu menerima seorang Penasihat British. Negeri Terengganu merupakan negeri Tanah Melayu yang terakhir yang menandatangani perjanjian "mempelawa" pihak British untuk melantik seorang pegawai untuk menasihati Rajanya.
Setelah pengaruhnya bertapak kukuh di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, pihak British mencuba pula menyatukan Negeri-Negeri Tanah Melayu. Tetapi untuk berbuat demikian, Raja-Raja Melayu di Negeri-Negeri Tidak Bersekutu mestilah diyakinkan bahawa kuasa mereka tidak akan berkurang apabila mereka bersatu. Untuk meyakinkan mereka, pihak British mula menubuhkan kembali Majlis Mesyuarat Persekutuan. Pihak Raja - Raja Melayu menarik diri daripada Majlis itu. Sebaliknya empat perwakilan Melayu (seorang dari setiap negeri) dilantik. Walau bagaimanapun, perwakilan dari negeri Perak, Raja Chulan, sudah pun menjadi ahli Majlis itu sejak tahun 1924. Seterusnya, pada tahun yang sama (1927), Gabenor Negeri - Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Laurence Guillemard mengisytiharkan satu dasar Pengagihan Kuasa Pusat yang apabila dilaksanakan akan menyebabkan sebahagian daripada kuasa pentadbiran negeri kembali kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Walau bagaimanapun, Pengagihan Kuasa Pusat telah dibangkang oleh masyarakat perniagaan berbangsa Eropah dan Asia kerana mereka khuatir keadaan ini mungkin akan mengurangkan kecekapan pentadbiran. Pembangkang utama terhadap dasar ini ialah Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha (gelaran sebelum Residen-Jeneral) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Perhubungan antara setiap Residen-Jeneral / Ketua Setiusaha dan setiap Pesuruhjaya Tinggi, pada amnya, sudah lama mengalami kesulitan kerana masing-masing hendak menegaskan pendudukan sebagai Ketua Eksekutif Negeri - Negeri Melayu Bersekutu. Oleh hal yang demikian, Pengagihan Kuasa Selat hanya berlaku dengan lebih bersungguh-sungguh pada pertengahan tahun 1930-an, apabila Sir Shenton Thomas dilantik sebagai Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi.
Sementara itu, Durbar yang dihidupkan semula telah bermesyuarat buat pertama kalinya pada Ogos 1927, di Kuala Kangsar, sebelum Guillemard meninggalkan Tanah Melayu. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membantu mencapai matlamat politik utama dasar Pengagihan Kuasa Pusat, iaitu dengan penubuhan "Persatuan Tanah Melayu". Durbar ini dipercayai akan memudahkan perhubungan bersama, bukan sahaja antara Raja-Raja Melayu di Negeri - Negeri Melayu Bersekutu, bahkan juga pada masa akan datang antara Raja - Raja Negeri - Negeri Melayu Bersekutu dengan Raja - Raja Negeri - Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pengganti Guillemard, Sir Hugh Clifford, yang pernah berkhidmat di Negeri - Negeri Tanah Melayu beberapa tahun sebelum itu, tidak bersungguh - sungguh melaksanakan dasar Pengagihan Kuasa Pusat ini. Beliau tidak sihat sepanjang masa itu dan digantikan oleh Sir Cecil Clementi pada tahun 1930. Semasa tempoh pentadbiran Clementi mesyuarat Durbar mendapat perhatian yang lebih. Pada tahun yang sama dengan pelantikannya, mesyuarat Durbar yang keempat diadakan pada bulan Oktober di Singapura. Inilah kali pertama mesyuarat itu diadakan di luar Negeri - Negeri Melayu Bersekutu dan juga merupakan kali pertama Raja - Raja Negeri - Negeri Tidak Bersekutu diundang untuk menghadirinya.
Clementi berkempen bersungguh - sungguh untuk menghasilkan pembaharuan pentadbiran dan secara terus terang mengumumkan visinya untuk Tanah Melayu di mesyuarat Durbar yang diadakan di Seri Menanti pada 18 Ogos 1931. Dalam mesyuarat ini, Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak diundang. Clementi kemudiannya menerangkan kepada Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Negeri - Negeri Selat akan rancangannya untuk menubuhkan Malayan Union umun dan untuk mengagihkan kuasa pusat Negeri-Negeri Bersekutu.
Pada pendapat Clementi, penghalang utama untuk memperoleh kerjasama yang rapat di kalangan Negeri - Negeri Tanah Melayu adalah penyelewengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu daripada tujuan asal penubuhannya iaitu keempat-empat negeri ini seharusnya ditempatkan "pada asas perlembagaan yang sama" dengan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Oleh itu, ikatan persekutuan yang sudah menjadi terlalu rapat perlu dirungkaikan supaya "ikatannya dapat diperluaskan untuk memastikan entiti politik yang lain di Semenanjung". Bagi Clementi, tindakan ini akan meningkatkan pemahaman di kalangan kesemua Negeri Tanah Melayu demi kepentingan bersama, dan selanjutnya "untuk mewujudkan persaudaraan antara Negeri - Negeri Tanah Melayu, setiap satunya berbangga menjaga sejarahnya sendiri dan autonominya, tetapi berganding bahu dalam sebarang usaha demi kebaikan orang Melayu di Semenanjung keselururhannya dan bangsa - bangsa pendatang yang menjadikan negeri ini tanah air mereka".
Clementi tetap bertegas dan secara tidak diplomatik meneruskan usahanya untuk menyerahkan lebih kuasa politik dan kuasa pentadbiran kepada Raja-Raja Melayu dan kerajaan negeri masing-masing dan dengan itu mengurangkan kuasa Kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Sementara itu, beliau memperoleh kepercayaan Raja-Raja Melayu dan mesyuarat Durbar menjadi satu-satunya tempat bagi Raja-Raja Melayu menyuarakan kekhuatiran mereka terhadap masa depan orang Melayu, terutama sekali kurangnya kawalan imigresen. Namun demikian, tindakan Clementi ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat perniagaan dan juga ahli birokrasi. Beliau dipanggil balik pada tahun 1934.
Pengganti beliau, Sir Thomas Shenton, telah mengambil langkah untuk mengagihkan kuasa pusat, dan di bawah pentadbiran beliau, dua mesyuarat Durbar diadakan sebelum tercetusnya Perang Dunia, sekali pada tahun 1937 dan yang terakhirnya pada 25 November 1939 di Klang, Selangor.
Walaupun mesyuarat Durbar pada asalnya diperkenalkan sebagai badan penasihat semata-mata tetapi ia menjadi sebuah institusi yang mendapat kepercayaan sebagai suara rasmi orang Melayu kerana dasar pihak British terpaksa dipertahankan secara terbuka seringkali atas alasan ia mewakili kehendak Raja - Raja. Pada umumnya, Pejabat Tanah Jajahan, berusaha menyesuaikan permintaan seperti itu dari sudut pandangan perundangan bahawa Raja - Raja Melayu ialah Raja yang berdaulat. Sepertimana yang disebut oleh Abdul Aziz Bari, "Pada asasnya mesyuarat Durbar memperlihatkan tanggungjawab bersama Raja-Raja Melayu sebagai pelindung orang Melayu."

No comments:

Post a Comment