SABDA NABI MUHAMMAD SALLAHU ALAIHI WASALAM :
"
BERTUAHLAH BAGI ORANG YANG AKALNYA BERFUNGSI SEBAGAI PEMIMPIN
( pemandu) DAN NAFSUNYA PULA MENJADI TAWANAN. DAN
BINASALAH BAGI ORANG YANG NAFSUNYA MENJADI PEMIMPIN DAN AKALNYA PULA
SEBAGAI TAWANAN ( yang dikalahkan ).
" Tidak
akan datang hari kiamat kecuali setelah umatku ( kaum muslimin )
mencontohi perbuatan yang dilakukan oleh orang orang
pada kurun waktu terdahulu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi
sehasta dan sedepa demi sedepa. Para sahabat bertanya : ' wahai
Rasulullah, apakah seperti orang orang Parsi dan Rum ?
Rasullullah bersabda : " Siapa lagi kalau bukan mereka " . [ Hr. Muslim ].
Gambar Hiasan |
Apabila
J.W.W Birch dibunuh di Sungai Pasir Salak, mayatnya terapung selama
tiga hari. Si Puntum telah berjaya merobek perut Resident Inggeris
dengan lembingnya. J.W.W.Birch sememangnya patut di bunuh. Dia telah
bersikap kurang ajar dan biadab apabila menjadikan anak gadis melayu
sebagai gundiknya, amalan yang dilanjutkan dari kelakuannya semasa
berkuasa di Sri Langka ( Ceylon ). Menambah burukkan lagi keadaan,
kebanyakkan askarnya yang terdiri dari regimen" Indian Sepoy" sering
menganggu anak anak gadis kampong. Perjanjian Pangkor pula umpama
mencampak garam ke mata Pembesar Melayu, di susuli dengan peristiwa
pembakaran rumah milik Sultan Ismail, yang dilakukan sebagai amaran
supaya jangan kutip cukai lagi daripada pelombong Cina. Saudagar Cina
yang licik, seperti taukeh Lee Cheng Tee, mengunakan kuasa baru British
untuk kepentingan mereka. Di Pulau Pinang, ketua ketua kongsi gelap
Cina, mengunakan pihak British untuk menekan kuasa Raja di lombong
lombong timah di Larut, Perak. Perkara ini semakin menjadi bara
kemarahan dihati orang istana. Akhirnya J.W.W. Birch di ' mayat 'kan
didalam sungai. Natijahnya, Si Puntum, Dato' Sagor dan Dato' Maharaja
Lela ke tali gantung.
Berakhirlah
fasa penentangan di Perak dan hampir di seluruh Tanah Melayu. Kini
tibalah masa sultan sultan dan anak cucunya berbaik baik dengan Inggeris
dan bercanda manja di kota London. Anak orang Melayu mula merasa
sejuknya salji. Kalau dulu, berpagi dengan kesejukan air sumur di
kali, kini mulai berhangat badan di ketiak ' mem mem ' orang putih.
Perjuangan Dato' Sagor dan Dato' Maharaja lela berlalu seolah olahnya
ia tidak pernah meninggalkan parut yang memedihkan kepada anak zamannya.
Sebagai tanda berdamai, sebuah batu peringatan untuk J.W.W. Birch di
dirikan. Batu ini dikenali sebagai " Jam Besar Ipoh ", manakala kubur
Dato' Sagor hanya bertanda ' Sagor ' saja.
No comments:
Post a Comment