Mokhtar Petah menulis ... Kalau Istana Iskandariah ini runtuh, akan ada alamat tidak baik ...
Saya telah melawat ke istana ini (Istana Iskandariah, Kuala Kangsar). Saya sedih, kerana tidak dijaga dengan rapi. Seorang penjaga memberitahu saya, oleh kerana kontrektor baik pulih istana ini tidak menggunakan kayu - kayu jenis baik, dalam istana ini telah dinaiki anai - anai.
Khazanah - khazanah di dalamnya
telah diangkut keluar. Ada yang dibawa ke Ipoh dan Kuala Lumpur,
tetapi tidak tahu di mana tempatnya.
Saya hairan, mengapa Kerajaan Negeri Perak tidak menaruh perhatian yang serius kepada istana bersejarah ini.
Istana ini ada beberapa faktor yang baik untuk orang Melayu dan orang Islam:
1 - Pada zaman Sultan Iskandar, diadakan majlis baca Quran dan membaca Yasin.
2 - Jin kerajaan (Jin Islam yang menjaga Sultan Perak, Sultan Iskandar
dan Sultan Idris Shah mempunyai angkatan beribadat dalam istana
ini. Kemudian setelah istana Iskandariah dibina, mereka pindah ke
sana. Menurut Sheikh Abdullah Fahim dan Haji Khalid, tidak
sebarang orang boleh tinggal di sana. Kalau salah orang, jin -
jin itu mengganggu.
3 - Istana ini ada unsur sejarah dan budaya Melayu lama.
4 - Bumbungnya ada lima, sebagai menandakan rukun Islam lima perkara.
5 - Kata Allahyarham Haji Mat Saman Kati (guru agama Islam kepada Sultan Idris Shah:
Kalau istana ini tak dijaga dengan baik, kalau ia runtuh, akan ada alamat tidak baik kepada kerajaan Negeri Perak.

No comments:
Post a Comment