Wednesday, 3 October 2012

# JEJAK MAKAM: MERONG MAHAWANGSA?

Memandangkan sekarang ni hebat diperkatakan sana-sini tentang kehebatan FILEM EPIK HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yang di terbitkan oleh KRU Studio jadi saya rasa selari dengan mood filem ini saya keluarkan sedikit tentang siapa itu MERONG MAHAWANGSA.

Saya berpeluang menontoh HMM di hari pertama tayangan iaitu pada 10 Mac 2011, jika dilihat pada sudut hiburan dan suka-suka ternyata filem ini sungguh baik dan berkualiti dari aspek jalan cerita, kekuatan watak, prop dan sebagainya. Kagum juga dengan hasil kerja KRU walaupon budget RM8 juta saya rasakan amat sedikit untuk menerbitkan filem epik. Apa pon KRU berjaya membuat penontoh terpukau dan terpesona dengan kesan-kesan khas dan sebagainya.

Namun di sebalik keseronokkan filem ini saya amat TERKILAN dan KECEWA kerana tidak menunjukkan darjat sebenar MERONG yang dikatakan mempunyai darah ISKANDAR ZULKARNAIN yang terkenal dengan pengembaraan yang hebat dan titik mula susurgalur darah Raja-Raja Melayu terutama KEDAH, walaupon ini hanya versi penerbit dan untuk hiburan semata-mata namun pendapat peribadi saya keperibadian Merong Mahawangsa haruslah diletakkan setaraf dengan darjatnya seorang RAJA yang 'besar' bukan hanya sebagai gelandangan yang tidak bertanah dengan peribadi gila-gila dan juga kaki perempuan (dibabak awal). Tambahan MERONG MAHAWANGSA ini terkait dengan Sultan negeri KEDAH yang saya cintai, maka bertambah terkilan dan pedihlah hulu hati saya ini.

Siapakah MERONG MAHAWANGSA?...menurut kajian yang saya lakukan dari pembacaan serta cross checking dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, nama sebenar baginda yang disebut oleh orang tempatan ialah SRI PADUKA MAHARAJA DURBA RAJA I, baginda adalah orang yang membuka LANGKASUKA. Pada masa ini Langkasuka juga dikenali sebagai KEDAH TUA dalam kurun ke 2 masihi. Di bawah ini adalah salasilah baginda hinggalah ke waris beliau ke-7 yang bernama SRI PADUKA MAHARAJA DURBAR RAJA II juga dikenali oleh pemerintah SIAM sebagai PHRA ONG MAHAWANGSA atau nama Islam baginda ialah SULTAN MUZAFAR SHAH I pemilik makam yang dipaparkan ini.

Susurgalur MERONG MAHAWANGSA;-
Nota: Tarikh pemerintahan adalah anggaran 100 tahun mengikut tarikh yang dikira dari mula pemerintahan Sultan Muzafar Shah I. Hanya sebagai gambaran tahun pemerintahan untuk kaitkan dengan kurun ke-2 (200 m) yang dikatakan itu. Namun ikut logik pemerintahan sesebuah kerajaan sekitar 20-40 tahun sahaja jadi pasti angka tahun masihi itu berkurangan.

1. Sri Paduka Maharaja Durba Raja I @ Merong Mahawangsa (436-536 m)
2. Sri Paduka Maharajadiraja Putra (536-636 m)
3. Sri Paduka Maharaja Mahadeva (636-736 m)
4. Sri Paduka Maharaja Karna (736-836 m)
5. Sri Paduka Maharaja Karma (836-936 m)
6. Sri Paduka Maharaja Deva II (936-1036 m)
7.  Sri Paduka Maharaja Dharmaraja I (1036-1136 m)
8. Sri Paduka Maharaja Durbar Raja II @ Sultan Muzafar Shah I @ Phra Ong Mahawangsa (1136 - 1179 m)

Semasa kajian berkaitan GANGGA NEGARA (berpusat di Beruas Perak) ayah kepada MERONG MAHAWANSGA dikatakan bernama RAJA GANJIL SARJUNA yang dikatakan dari jurai pemerintah KHMER dari Empayar FUNAN. MON-KHMER ini salah satu puak pemerintah dan bangsawan yang memerintah KEMBOJA, sebab itu di KEMBOJA ada melayu Champa dan pernah mempunyai pemerintahan Raja-Raja Champa yang terkait dengan Melayu. Kemboja dimasa itu turut dikenali sebagai Kingdom of KAMBUJADESA (macam gabungan bunga kemboja dan desa je, Bahasa melayu?)  dan berada dalam empayar FUNAN (Kurun-1 masihi) yang terletak dari sempadan Segenting Kra hingga ke Burma. Jadi jika diketahui nama ayah MERONG MAHAWANSGA bermakna pencarian harus diteruskan mencari siapakah baginda dan terkait dengan kerajaan manakah. Saya percaya ia terkait dengan kerjaaan ANGKOR di KEMBOJA seterusnya terkait dengan CHINA.


MAHAWANGSA?
Jika dilihat nama MAHAWANGSA ini dikenali dari bahasa SIAM. Jadi terkaitlah dengan LANGKASUKA yang kita sedia maklum kerajaannya itu sekitar Kedah, Selatan Thai sekarang, Kelantan dan Terengganu. Kita singkap sedikit kisah MERONG MAHAWANGSA atau nama sebenar baginda SRI PADUKA MAHARAJA DURBARAJA I.

Mengikut Hikayat MERONG MAHAWANGSA, Raja besar di zaman tersebut adalah NABI SULAIMAN A.S. Lalu sebuah kerajaan di PARSI iaitu Kerajaan RUM (dikenali SEILJUK of ICONIUM-Anatolia di TURKI...bukan ROM mat saleh tu) menghantar Pembesar mereka iaitu MERONG MAHAWANGSA untuk meminang anak MAHARAJA CHINA (Dikatakan Dinasti Han) untuk dikahwinkan dengan Putera Raja RUM. Maharaja RUM membekalkan bahtera besar dan segala kelengkapan untuk Merong belayar diiringi beribu-ribu kepal sederhana dan kecil untuk membawa muatan lain. Setelah belayar sampailah mereka di lautan Hindi dan disinilah mereka diserang GARUDA yang di gambarkan sebagai seekor burung raksaksa yang boleh mengeluarkan atau menjadikan kilat dan guruh serta melambung ombak besar untuk memusnahkan kapal MERONG MAHAWANGSA (Ada sumber mengatakan Garuda ini adalah syihir Hindu). GARUDA ini dikatakan berkait rapat dengan kisah Perperangan RAMA di Langkapuri menyebabkan pulau itu menjadi padang jarak-padang terkukur. LANGKAPURI ini dikenali sebagai LANGKAWI oleh kita kini. Selain itu kerajaan CHOLA India dikatakan pernah mengalahkan RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN. Mungkin sebab itu Garuda ini masih berdendam dengan susurgalur baginda (pendapat peribadi). Namun pendapat saya CHOLA mengalahkan tentera Alexander The Great bukan Zulkarnain.

Dalam serangan itu Putera Raja RUM hilang di lautan dan setelah diserang beberapa hari oleh GARUDA akhirnya MERONG MAHAWANGSA dan rombonggan yang masih selamat sampailah di sebuah pelabuhan di PULAU SRAI (Pulau Serai ). Berdekatan pulau itu ada dua lagi pulau bernama PULAU LADA dan PULAU JAMBUL, saya percaya 3 pulau ini merujuk kepada 3 pulau di YAN KEDAH yang jelas kelihatan Gunung Jerai. MERONG MAHAWANGSA berasa sangat sedih dan kesal atas kehilangan Putera RUM. Adapun dia terlihat seberang pulau sebuah tanah besar, lalu bertanya kepada Ketua Kelasi di pulau tersebut, dia memberi tahu itulah tanah besar yang di diami GERGASI. Setelah membaiki kapal dan mengumpul pada pembesar dan orang-orang baginda belayar menuju ke TANAH BESAR. Lalu dilihatnya orang yang besar dan ramai sekali. Baginda disambut mesra oleh Puak Gergasi dan baginda bercakap dengan cukup sopan dan penuh adab hingga menambat hati ketua penghulu puak gergasi. Dek sifat-sifat dan darjat baginda puak gergasi bercadang mengangkat MERONG MAHAWANGSA menjadi raja mereka kerana mereka tidak beraja. Setelah dibawa ke perkampungan dilihat MERONG MAHAWANGSA keindahan rumah dan balai-balai yang besar bersama kelengkapan dan adat istiadat. Puak GERGASI hanya diperintah oleh penghulu dan tidak beraja. Lalu setelah ditabalkan dengan istiadat setempat maka MERONG MAHAWANGSA mengelar negara itu sebagai LANGKASUKA.

GERGASI ini adalah rakyat asal negeri kedah dahulukala, ada pendapat mengatakan perkataan GERGASI ini merujuk kepada besarnya darjat puak-puak ini merujuk kepada peradaban dan budaya mereka dimasa itu yang sudah mempunyai kerajaan (Rujuk catatan di bawah dalam kurungan (k) dari buku THE JOURNAL OF INDIAN ARCHIPELAGO AND EASTERN ASIA - 1849).
Picture


Menurut catatan Buddha perkataan MAHAWANGSA itu merujuk kepada Anak Sulung Perdana Menteri @ Perdana Menteri sesebuah Kerajaan manakala catatan pada kurun ke-14 di Pattani merujuk catatan CHAI SRI BANG'SA mengatakan maksud MAHAWANGSA itu ialah 'POWERFULL DYNASTY'. Jadi boleh dirumusakan maksud MAHAWANGSA itu adalah PERDANA MENTERI DARI DINASTI YANG KUAT/BESAR/BERKUASA (merujuk PARSI).

Dalam WIKIPEDIA anda taip KEDAH SULTANATE terdapat satu lagi fakta yang terkait dgn MERONG, ringkasannya begini ;-

Kadaram or Kedah Kingdom (630-1136) was founded by Maharaja Derbar Raja of Gemeron, Persia, around 630 CE. The Persian-Hinduism dynasty ended with Phra Ong Mahawangsa converted to Islam and the Sultanate of Kedah continue to rule until today. Maharaja Derbar Raja of Gemeron (now known as Bandar Abbas) in Persia was defeated in battle and escaped to Sri Lanka, and he was later blown off course by a storm to the remote shores of Kuala Sungai Qilah, Kedah. The inhabitants of Kedah found him to be a valiant and intelligent person, and they made him the king of Kedah. In the year 634 CE, a new kingdom was formed in Kedah consisting of Persian royalty and native Malay of Hindu faith, the capital was Langkasuka.

Dikatakan melayu terkait empayar FUNAN orang moh-khamer?...jika MERONG berkahwin dengan orang tempatan maka tidak syak lagi kaitannya dan mungkin yang dikatakan ayahnya bernama RAJA GANJIL SARJUNA itu sebenarnya ayah mertua atau ketua penghulu. Ini salah satu point terkait dengan Mon-Khemer;-

Around 170 CE a group of native refugees of Hindu faith arrived at Kedah, joining them soon were peoples from nearby islands and from the northern Mon-Khmer region. Ancient Kedah covered the areas of Kuala Bahang, Kuala Bara, Kuala Pila and Merpah, and the inhabitants of Kedah appointed Tun Derma Dewa and Tun Perkasa as their village chiefs.

Jadi mungkin yang dikatakan Ayah MERONG atau saya lebih percaya yang bernama RAJA GANJIL SARJUNA itu adalah ayah mertuanya yang mungkin dari susurgalur salah seorang Ketua yang dilantik iaitu TUN DERMA DEWA atau TUN PERKASA (belum ada kajian terperinci tetapi ini andaian berdasarkan budaya melantik pemerintah adalah berdasarkan keturunan dimasa itu selain dari peralihan kuasa dari perperangan).

Petikan diatas bukan dari hikayat Merong Mahawangsa jadi penceritaan berbeza, namun kesamaannya terdapat pada nama merong DERBAR RAJA, negara, tempat persinggahan dan negeri dibuka. Boleh disimpulkan kejadian itu berlaku namun penceritaan dan perincian perlu merujuk kedua-duanya.

Kita kena lihat bahawa MERONG MAHAWANGSA ini dikatakan keturunan Iskandar Zulkarnain yang menakluk Timur ke Barat. Jadi PARSI tergolong dari kawasan takluk ini. Dek kerana jurai MERONG MAHAWANGSA ini dari Iskandar Zulkarnain mungkin Raja PERSIA dimasa itu melantik baginda menjadi PERDANA MENTERI (jika mengikut maksud dari catatan Buddha namun Durbar bermakna majlis raja-raja sistem giliran raja-raja seperti di Malaysia, mungkin merong dimasa itu adalah Sultan dan Raja PARSI dimasa itu adalah Agong). Kerana itu juga baginda menjadi wakil meminang untuk anak Raja Parsi (Agong). Ini pendapat saya semata-mata. Kita singkap sekejap tentang RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN...

ALEXANDER THE GREAT atau RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN ?

Jika kita lihat tahun diatas, MERONG MAHAWANGSA mungkin hidup sekitar 500 masihi dan satu sudut kita kena mula mengkaji adalah tentang ALEXANDER THE GREAT yang juga dikatakan sebagai RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN. ATG hidup pada 20/21 Julai 356 – 10/11 Jun 323 Sebelum Masihi menurut wikipidea. ATG adalah anak Raja Phillip II pemerintah Macedonia. Jadi saya yang cetek  ilmu ini mengatakan ATG bukan RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN kenapa?...

Alexander the Great bukanlah ciri-ciri raja yang disebut dalam Al-Quran. Sebaliknya Iskandar Zulkarnain adalah Raja yang soleh, menyembah Tuhan yang Esa (mungkin dizaman atau selepas Nabi Ibrahim mengikut sesetengah catatan). Namun, Al-Quran tidak menceritakan siapakah manusia istimewa ini secara menyeluruh. Menurut Sejarahwan Islam, Iskandar Zulkarnain adalah sekadar nama. 'Zulkarnain' dalam bahasa Arab bermaksud 2 Tanduk. 2 tanduk ini adalah simbolik kepada raja yang berjaya menyatukan Timur dan Barat. Adalah dipercayai, RAJA KHUROSH KOMENI, Raja Parsi (nah! kan ada kaitan dengan kerajaan RUM - PARSI dalam Hikayat MERONG MAHAWANGSA) adalah manusia yang memenuhi ciri-ciri yang disebutkan oleh Al-Quran. KHUROSH adalah raja kerajaan MYRA yang bermusuhan dengan kerajaan HIMYAR dan Khurosh berjaya menyatukan kedua kerajaan ini menjadi satu empayar yang luas. Khurosh juga dikatakan penyembah Zoster, iaitu menyembah agama yang satu. Khurosh juga dikatakan memulakan penaklukkan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasannya. Ketika ini beliau telah bertemu dengan golongan 'Barbar' yang di ancam dengan Yakjuj dan Makjud. Ketika ini, Khurosh mengarah satu tembok dibina bagi menghalang kemaraan makhluk ini (menurut pengkaji kawasan tembok ini dikatakan sekitar pergunungan Mongolia, Iskandar meminta 'NAGA' untuk mematri dinding besi untuk menyekat Yakjuk Makjud).

Dalam Al-Quran;- Surah Al-Kahfi, Ayat 96Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga, supaya ku tuangkan diatasnya.
Ada pendapat mengatakan 'MERONG' itu adalah seekor NAGA yang akhirnya menumpaskan GARUDA, mungkin inilah kaitan dengan Iskandar Zulkarnain dalam peristiwa memagar Yakjuk Makjud, wallahualam.

KHUROSH juga dikatakan berkawan rapat dengan Nabi Daniyel yang juga dipercayai sebagai penasihat beliau dan paling utama Khurosh telah membuat dekri berkaitan Hak asasi manusia yang mana Khurosh menamatkan konsep perhambaan. Dekri ini boleh ditemui di British Muzium.

Dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Tun Seri Lanang menyebutkan secara jelas bahawa catatan beliau itu diambil daripada Hikayat Raja Iskandar. Selain itu, watak-watak lain yang wujud dalam catatan beliau itu adalah Nabi Ibrahim Khalilullah sebagai imam Raja Iskandar. Bermaksud, syariat yang diamalkan oleh raja agung itu adalah syariat Nabi Ibrahim a.s.

Turut disebutkan watak Nabi Khidhir a.s yang muncul ketika mahu menikahkan Iskandar dengan Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kida Hindi yang jatuh dalam taklukannya.

Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Ta'ala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina.

Adapun sekarang, bahawa tuan hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berputusan kiranya sehingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"

Maka, di sini bermulanya perkahwinan Raja Iskandar dengan seorang puteri dari belahan dunia Timur. Ada kemungkinan juga Raja Iskandar memiliki isteri-isteri di jajahan yang telah ditaklukinya untuk meluaskan pemerintahannya itu. Di dalam filem Alexander, raja agung itu memiliki dua orang isteri. Satu isteri daripada Parsi dan seorang lagi dari India. Kedua-duanya adalah hasil daripada penaklukannya.


SULTAN MUZAFAR SHAH I
@ PHRA ONG MAHAWANGSA

SULTAN MUZAFAR SHAH I
yang bersemayan di Merbok ini adalah jurai MERONG MAHAWANGSA yang ke 7. Dalam filem HMM keluaran KRU digambarkan yang menjadi narator itu adalah baginda. Walhal hikayat Merong Mahawangsa hanya di tulis pada abad ke-19 masihi masakan Baginda yang menulis hikayat ini. Juga agak canggung seorang Sultan menulis Hikayat.

Baginda adalah Sultan KEDAH pertama memeluk ISLAM. Seorang pendakwah Arab yang bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri (Qumairi) daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang). Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri itu diberi nama KEDAH DARUL AMAN.

Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya. Mudahnya Sultan Muzafar Shah I menerima Islam kerana dikatakan menganut agama tauhid nabi Allah Ibrahim a.s...wallahualam.

Kesimpulan makam ini bukanlah makam MERONG MAHAWANGSA atau SRI PADUKA MAHARAJA DURBARAJA I kerana baginda dikatakan pulang ke RUM (PARSI) dan anaknda baginda menjadi RAJA di LANGKASUKA seterunya cucu baginda menjadi RAJA di GANGGA NEGARA dan cucu perempuan menjadi RAJA PATTANI. Bagi pengkaji tegar mungkin nak ke Turki or sekitar jajahan PERSIA mencari makam MERONG MAHAWANGSA?. Pasti menarik dan terujakan...
Picture
Petikan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yang ada dalam simpanan

5 Kesimpulannya yang ketara terpesong jauh yang melibatkan plot keseluruhan filem HMM ialah;-
1. MERONG MAHAWANGSA bukan pelaut melarat atau orang yang tidak bertanah.
2. RUM itu dari kerajaan PARSI/PERSIA (Iran & Turki) bukan ROMAN/ROM Italy.
3. Puteri CHINA tidak datang ke Langkasuka menunggu Putera RUM.
4. GARUDA itu adalah seekor burung Raksaksa yang dikaitkan dengan syihir Hindu.
5. MERONG bukan berasal dari perkampungan yang melantiknya menjadi Raja.

Jadi kini anda mungkin faham kenapa saya TERKILAN dan KECEWA dengan filem epik HMM ini. Setidaknya naikkan martabat Raja-Raja Melayu dalam filem yang ditayangkan di 72 negara ini, bukan senang nak tayang di 72 negara. Jika boleh diselitkan dengan kehebatan seni budaya melayu serta adat budaya melayu apa salahnya. Masukkan juga persilatan melayu walaupon dimasa itu kita mungkin belum dipanggil melayu dan mungkin belum tercipta silat. Alang-alang nak buat cerita epikkan, apa salahnya masukkan. Itu pendapat peribadi saya, anda saya tak pasti.

13 MAC 2011 | 4.00 Petang

No comments:

Post a Comment