Sunday, 7 October 2012

sekilas pandang


Makam Sultan Muzafar Shah 1 terletak di Kampung Air Mati di Tanah Abang , Telok Bakong Lambor Kanan

Sejarah Kampung Tua

Setelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat itulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-

1. Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.

2. Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islam itu, terpaksalah dilaksanakan juga

Sekembalinya rombongan Pembesar Perak yang diketuai oleh Tun Saban dan Nakhoda Kasim dari Sumatera bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Muzafar Shah Pertama yang dijemput menjadi pemerintah Negeri Perak yang pada ketika itu tiada mempunyai Raja

Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzaafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata:-

Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka


Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda

Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuangku kedalam laut

Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula mudik kehulu dari Beting Beras Basah untuk mencari tempat yang sesuai untuk persemayaman baginda, Baginda telah mengenal pasti satu tempat yang didiami beberapa keluarga yang sedang memainkan sejenis permainan.

Nama asal Kampung Tua
--------------------------------------------------------------------------------
Baginda memeritahkan agar didirikan sebuah masjid untuk kegunaan masyarakat dikampung itu dan menamakan tempat baginda mendirikan masjid tersebut "KAMPUNG TUA". Dikatakan bahawa tempat tersebut berada di lot 315 Mukim Lambor.

Setelah beberapa lama baginda menetap di Kampung Tua , berlaku satu wabak penyakit cirit birit yang telah menyebabkan Guru Agama baginda meninggal dunia, Guru agama Baginda bernama Shaikkul Islam dan Imam Peduka Tuan dikebumikan di Kampung Tua.

Tanah Abang
--------------------------------------------------------------------------------
Setelah kejadian tersebut baginda berpendapat bahawa tempat (Kampung Tua) tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemerintahan lalu baginda pun memerintah agar Masjid tersebut diruntuhkan dan dibawa mudik ke hulu sungai dan terus bersemayam di Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.di Telok Bakong.
===========================================================================
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.

Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzaffar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.

Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzaafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-

Selilit Tanah Minangkabau
Selengkung Pulau Perca
Dilengkung ular Saktimuna
Sebenarnya Aku keturunan Raja
Jauhkan segala malapetaka
Perpisahan Aku di Selat Melaka....


Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda....

Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuangku kedalam laut......

Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.

a) Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati.
b) Di dalam Mukim Bota,
Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
c) Kota Lama Kanan,
d) Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,
e) Semat dalam Mukim Senggang,
f) Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera,
g) Pulau Tiga,
h) Pulau Cempaka Sari atau Pulau Indera Sakti,
i) Pasir Pulai Indera Mulia,
j) Bandar Baharu,
k) Pasir Panjang,
l) Durian Sebatang,
m)Sayong,
n) Batak Rabit

dan akhir sekali di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke 28. Apabila Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, bagind a telah membuat istana diatas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong selalu sahaja di tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan. Menurut ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah Sultan Yusuf yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub Chandan ini telah lari lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) bersama juak-juaknya keluar mengikuti jejak-jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung Bubu. Setibanya disini baginda telah bertembung dengan seorang tua berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan tidak semena-mena orang tua tersebut datang sembah lalu berkata...

" Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala tuanku telah ditabalkan menjadi Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah tuanku membuat istana diatas bukit yang di pinggir Batang Hari Perak. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu hendaklah tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan tuanku itu...."

Diringkaskan cerita, maka Raja Idris pun ditabalkanlah menjadi Sultan Perak yang ke 28 dan segala pesanan 'orang tua' tersebut telah ditunaikan oleh baginda. Mulai dari tarikh itu kekal lah nama Bukit Chandan sebagai tempat terletaknya istana rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
================================================================================================
Gambar-Gambar Pertabalan Sultan Idris Iskandar Shah II - A

Sultan Idris al-Mutawakkil Alallah Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasaullah (31 Januari 1924 - 31 Januari 1984) ialah sultan Perak yang memerintah selama 21 tahun antara 4 Januari 1963 hingga 31 Januari 1984.

Sultan Idris ialah putera kedua kepada Sultan Iskandar Shah (Marhum Kaddasallah) dan Raja Teh Umi Kalsum bte Raja Muhamad Iskandar. Kekanda sulungnya meninggal dunia ketika hanya berumur 40 hari.

Pada 3 Januari 1931, Idris menyertai Sekolah Melayu Bukit Chandan dan kemudiannya pada 1932, bersekolah di Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar. Beliau dilantik sebagai Raja Di Hilir Perak pada tahun 1934 ketika berumur 10 tahun untuk menggantikan Raja Sir Chulan. Pada 17 Oktober 1938, Raja Idris dilantik sebagai Raja Bendahara Perak..(ketika itu, sultan Perak ialah Sultan Abdul Aziz Al Muk`tassim Billah Shah).












Gambar-Gambar Pertabalan D.Y.M.M. Sultan Idris Iskandar Shah II






Gambar-Gambar Pertabalan D.Y.M.M. Sultan Idris Iskandar Shah II



===========================================================================
Istana Sultan Idris dibina pada 1892 dengan kos $55,000. Sebahagiannya diperolehi daripada Negeri2 Melayu Bersekutu (FMS) melalui Frank Swettenham (Residen Perak). Dekorasi dalaman adalah buatan Eropah dan permintaan untuk menambah bantuan telah dipertikaikan dengan hangatnya di London. Namun Gabenor Mitchell menegaskan bahawa istana Sultan seharusnya sehebat kediaman Residen. Sultan Idris mangkat pada 1916.


Kediaman Residen yg menghadap Sungai Perak. Terletak di Kuala Kangsar, Bandar DiRaja Perak. Kedudukan Kuala Kangsar sangat strategik di kawasan melengkung Sungai Perak. Pada 1879, catatan Isabella Bird perihal Kuala Kangsar: "I like Kwala Kangsa better than any place that I have been at in Asia, and am proportionately sorrier to leave it..." Dari situ kelihatan kawasan gunung-ganang yg amat indah. Di sebelah kanan foto, kelihatan 'lanca' iaitu kenaikan yg ditarik oleh manusia/lembu atau kuda.



=================================================================================================
SEJARAH SUSUNAN PROTOKOL ISTANA PERAK

SEJARAH SUSUNAN
Adalah menjadi sebahagian amalan protokol dimana susunan keutamaan memainkan peranan penting dalam menjadikan sesuatu majlis itu berjalan lancar dan sesuai dalam keadaan yang dikehendaki, termasuklah dalam urusan rasmi kerajaan dan istana. Amalan menyusun sesuatu istiadat atau upacara perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:-

1) Susunan ketibaan dan kepulangan dalam sesuatu majlis.
2) Panggilan hormat dan susunan kata-kata aluan dalam ucapan dan surat-menyurat.
3) Susunan tempat duduk di dalam sesuatu majlis.
4) Cara duduk dan cara berpakaian.
5) Susunan dan aturcara dalam buku cenderamata
6) Pemasangan bendera yang teratur mengikut susunan.

Kedudukan seseorang tetamu jemputan yang tidak mengikut susunan keutamaan akan mewujudkan suasana kesipuan di sepanjang majlis dan lebih jauh lagi seseorang akan bertindak keluar dari majlis sebagai satu protes.

Berdasarkan fakta sejarah Institusi Kesultanan Negeri Perak telah mengamalkan berbagai istiadat seperti istiadat menabalkan seorang raja, upacara mengadap, lantikan orang besar negeri dan lain-lain. Tanpa di sedari telah wujud bentuk susunan keutamaan yang tidak bertulis diamalkan oleh pihak istana.
TARAF KEDUDUKAN BERSAMA(1960)

1) DULI YANG MAHA MULIA SULTAN
2) DULI YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN
3) YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA
4) YANG TERAMAT MULIA RAJA PUAN BESAR ATAU CHE PUAN BESAR
5) YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR
6) YANG AMAT MULIA RAJA PUAN MUDA ATAU CHE PUAN MUDA
7) YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR
8) BALU-BALU ALMARHUM
9) RAJA-RAJA BERGELAR
10)TUAN HAKIM
11)TUAN SPEAKER
12)ORANG-ORANG BESAR EMPAT
13)AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN TERMASUK 3 ANGGOTA YANG RASMI
14)ORANG-ORANG BESAR DELAPAN
15)AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
16)DATO' YANG KEHORMAT
17)AHLI-AHLI DEWAN NEGARA (SENATE)
18)AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT
19)PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM.
20)PEMILIK-PEMLIK PINGAT-PINGAT P.M.N DAN J.M.N
21)PEMILIK-PEMLIK PINGAT-PINGAT NEGERI MENGIKUT MUTU PINGAT
22)JAKSA PENDAMAI
23)PEMILIK-PEMLIK PINGAT-PINGAT YANG LAIN.
24)KETUA PEGAWAI POLIS
25)PEMERINTAH TENTERA
26)PESURUHJAYA TANAH DAN GALIAN,PEGAWAI-PEGAWAI JAJAHAN DAN KETUA-KETUA PEJABAT.
27)KADI BESAR
28)MUFTI
29)AHLI-AHLI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
30)AHLI-AHLI DEWAN PERAK
31)AHLI-AHLI MAJLIS UGAMA DAN ADAT MELAYU PERAK
32)TOH-TOH MUDA
33)ORANG-ORANG BESAR ENAM BELAS

PERINGATAN:-
1)DIDALAM TINGKATAN JAJAHAN, ORANG BESAR JAJAHAN MENGAMBIL TEMPAT YANG KANAN SELEPAS DARIPADA PEGAWAI-PEGAWAI JAJAHAN.
2)SELEPAS MENTERI BESAR HINGGA ORANG BESAR 32 DI ANTARA SETIAP JAWATAN DI TEMPATKAN ISTERI MASING-MASING

=================================================================================================
HEBATNYA MELAYU
----------------------------
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah Mualaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silatulrrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran."

Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh Satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

INSYAALLAH..
=================================================================================================

CINTA ANTARA 2 DARJAT -
Seniwati Norizan dan Sultan Yusof (Perak) :
Kisah cinta paling klasik di kalangan artis tempatan dan golongan bangsawan barangkali ada kaitannya dengan bintang filem Melayu, Allahyarham Norizan dengan Almarhum Sultan Perak, Sultan Yusof pada tahun 50-an.

Norizan disunting oleh Sultan Yusof bagi menyerikan istana baginda setelah terpesona dengan baik budi dan kejelitaan wanita berwajah Melayu klasik ini. Bagaimanapun, tidak pula dicatatkan berapa tahun Norizan bertahan sebagai permaisuri Perak sebelum pasangan diraja itu bercerai. Sebentuk cincin biru yang kini disimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Sultan Yusof kepada Norizan ketika kasih mereka bertaut.

Selepas berpisah dengan Sultan Perak, Norizan disunting menjadi isteri kepada seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Rumah tangga yang dibina itu juga tidak bertahan lama. Ketika bersama Norizan, P. Ramlee mencipta lagu Tidurlah Wahai Permaisuri. Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992.
Tidurlah
Wahai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata wahai tidur nyawa

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kuberjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah

=================================================================================================ERSONAL ROYAL COLLECTIONS

Gambar-gambar dibawah ini adalah koleksi dan hak milik peribadi ahli kerabat di raja. Sastengah koleksi tersebut telah menjangkau usia melebihi 3,000 tahun.

Keris Buaya Putih Rajawali
Keris ini pula bernama Keris Naga Soro dan ianya adalah kembar kepada Keris Buaya Putih Rajawali. Berusia sama iaitu 3,000 tahun dan mempunyai ukiran naga yang diperbuat daripada emas. Mempunyai lok 11.


Kalung permata
Kalung permata dari simpanan Di Raja. Di percayai dari kurun ke 15 (Sultan Perak pertama).


Keris Indera Pawa Janggi
Keris Indera Pawa Janggi, dipercayai berusia lebih daripada 5,000 tahun dan jenis keris picit. Ia juga mempunyai tulisan Sanskrit tertera diatas matanya.


Alat Nafiri
Alat Nafiri ini adalah sebahagian daripada alat kebesaran Nobat DiRaja. Gambar diatas adalah Nafiri daripada Kesultanan Melaka yang dibawa kePerak oleh Sultan Muzzaffar Shah pada tahun 1528 sewaktu baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak pertama.Buat masa ini dalam simpanan Waris Negeri Perak.

Peti Barang Kemas Perak
Peti Barang Kemas yang diperbuat daripada perak dan adalah dipercayai ianya diperbuat pada zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Shah 1 dalam abad ke 15. Disimpan oleh Waris Negeri.

No comments:

Post a Comment