Wednesday, 3 October 2012

gambar sedikit sultan perak

Sultan Perak Ke 26 Sultan Perak Ke 27 (1886-1887)Sultan Perak Ke 28 (1887-1916)Sultan Perak Ke 27 (1886-1887)Sultan Perak Ke 28 (1887-1916)Sultan Perak Ke 27 (1886-1887)Sultan Perak Ke 28 (1887-1916)Sultan Perak Ke 30 (1918-1938)Sultan Perak Ke 31 (1938-1948)Sultan Perak Ke 32 (1948-1963)Sultan Perak Ke 33 (1963-1984 )

Sultan Perak Ke 34 (1984 - Sedang Bertakhta)

PERJANJIAN PERAK DAN KEDAH

Satu perjanjian telah ditandatangani di antara Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Sir Idris Murshidul 'adzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar dan Sultan Kedah, Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al- Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 4 Mac 1912.

Perjanjian tersebut adalah mengenai sempadan antara Kedah-Perak iaitu di Daerah Baling dan Tasek dan pembinaan sebatang jalanraya dari Baling ke Padang Serai di Negeri Kedah.

Persetujuan-persetujuan yang dicapai di dalam perjanjian tersebut adalah seperti berikut:

(i) Sultan Perak bersetuju membina sebatang jalanraya kelas satu dari Baling hingga ke Kuala Ketil sepanjjang 22 batu. jalan yang akan dibina ini akan menyambungkan Klian Intan di Hulu Perak dengan Baling hingga ke Kuala Ketil. Pembinaan jalan sepanjang 22 baru ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak. Sebagai balasannya, Kerajaan Negeri Kedah pula bersetuju akan rnerigawasi jalan tersebut selepas ianya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, seperti juga ia mengawasi jalan- jalan kelas satu di Negeri Kedah.

(ii) Kerajaan Negeri Kedah juga bersetuju akan menyambung pembinaan jalan tersebut dari Kuala Ketil ke Padang Serai sejauh 12 batu dan Kedah juga akan mengawasi jalan tersebut seperti juga ia mengawasi jalan-jalan kelas satu yang lain di Kedah.

(iii) Kerajaan Kedah akan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Perak semua kawasan di Baling dan kawasan Goa Baling ke atas kepada Kerajaan Perak supaya pada masa hadapan sempadan antara Kedah dan Perak di kawasa. Hulu Perak ditandai dengan kawasan bukit dalam daerah tersebut.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Sultan Perak, Sultan Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar di hadapan Pemangku Residen British di Perak, Oliver Marks dan Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid menandatangani bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah dengan disaksikan oleh Encik Md. Ariffin, Setiausaha kepada Baginda Sultan Kedah.

No comments:

Post a Comment