SEJARAH KESULTANAN PERAK
Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah negeri yang besar.
Menurut
 satu cerita yang  sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum 
Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan
 di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri
 Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin 
(Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah
 takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.  
Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.
Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.
Hikayat
 Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada 
kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan 
telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut 
telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi
 tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat 
ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara 
dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' 
dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh
 terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka 
dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya 
dinamakan Negeri Perak.
Dalam
 cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan
 Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh 
putih berkilat seperti perak.
Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.
Adunan
 daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 
'Negeri Perak' itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu 
sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi 
Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri 
Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah 
pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, 
Minangkabau, Belanda dan akhir sekali Inggeris di merata perairan 
Nusantara ini.
[sunting]Kerajaan Purba
Menoleh
 kembali ke zaman silam Negeri Perak akan terjelmalah berbagai-bagai 
gambaran cetusan sejarahnya yang menjadi mutiara pusaka bumi Perak yang 
tiada ternilai harganya. Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua,
 Negeri Perak telah melalui liku-liku zamannya sejak sebelum 
menjelangnya tahun masehi lagi.
Sebelum
 munculnya nama "Negeri Perak" Kitab "Sejarah Melayu" ada menceritakan 
nama-nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya 
terletak di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya
 hingga sekarang. Penemuan monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman 
tersebut telah menggambarkan kegemilangan sejarahnya tersendiri yang 
masih tersembunyi dari penglihatan dan pengamatan generasi di zaman 
moden ini.
Lanjutan Kesultanan Melaka
Gambaran
 sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke 
tangan Portugis dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri 
dan akhirnya menetap di Kampar (Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan 
Kampar.
Kewibawaan
 Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu 
Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri 
Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan
 Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala 
Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di
 negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda 
menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan 
Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar 
supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran 
warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.
Maka
 belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila 
sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras 
Basah', bahtera Raja Muzzafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting
 dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang
 bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak 
berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata 
:-
Selilit
 Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, 
Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku
 di Selat Melaka....'
Sebaik
 sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' 
yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah
 berkata kepada baginda.... Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan 
memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku 
kedalam laut......
Maka
 Raja Muzzaffar pun mengambil Mahkota baginda dan dibuangkan kedalam 
laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting 
yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda 
boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di 
tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.
Daripada
 keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan 
Kesultanan Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman 
sekarang. Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak 
menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat 
ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat lain yang 
lebih sesuai.
Pusat pemerintahan
Pusat pemerintahan Sultan Perak adalah juga istana Sultan Perak. Istana
 sultan berubah-ubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar. 
Kebanyakan tempat-tempat ini terletak di tebing sebelah kanan Sungai 
Perak. Di sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-makam Sultan 
Perak.
Di antara pusat-pusat pemerintahan yang ada tercatat di dalam sejarah ialah :-
Tanah
 Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati ,di
 dalam Mukim Bota, Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
Kota Lama Kanan
Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
Semat dalam Mukim Senggang,
Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera
Pulau Tiga, Kampung Gajah
Pulau Cempaka Sari di Parit
Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta , Kampung Gajah
Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung Gajah
Bandar Baharu , Kampung Gajah - pejabat JWW Birch , British
Pasir Panjang, Kampung Gajah
Durian Sebatang, Teluk Intan - Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874
Sayong, Kuala Kangsar
Batak Rabit, Teluk Intan
dan
 akhir sekali di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan 
Idris Murshidul Adzam Shah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke 28.
Sultan Perak dari pertama hingga sekarang..
1. Sultan Mudzaffar Shah 1 
2. Sultan Mansur Shah 
3. Sultan Ahmad Tajuddin 
4. Sultan Tajul Ariffin 
5. Sultan Alauddin Shah 
6. Sultan Mahmud Shah 
7. Sultan Mudzaffar Shah 2 
8. Sultan Mahmud Iskandar Shah 
9. Sultan Alauddin Mughayat Shah 
10. Sultan Mudzaffar Shah 3 
11. Sultan Muhammad Shah 
12. Sultan Iskandar Dzulkarnain 
13. Sultan Mahmud Shah 
14. Sultan Alauddin Mansor Shah 
15. Sultan Ahmadin Shah 
16. Sultan Abdul Malek Mansor Shah 
17. Sultan Muda Raja Ahmad 
18. Sultan Abdullah Muazzam Shah 
19. Sultan Shahabuddin Riayat Shah 
20. Sultan Abdullah Muhammad Shah 
21. Sultan Jaafar Mua’zzam Shah 
22. Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah 
23. Sultan Abdullah Muhammad 2 
24. Sultan Yussuf Sharifuddin Mudzaffar Shah 
25. Sultan Idris Murshidul’azam Shah 
26. Sultan Abdul JalilKaramatullah Shah 
27. Sultan Iskandar Shah 
28. Sultan Abdul Aziz Al-Mustasim Billal Shah 
29. Sultan Yussuf Izzuddin Shah 
30. Sultan Idris Iskandar Shah 2 
31. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Istana Kayangan
Pada peringkat awal ,tidak ada istana kukuh daripada batu yang dibina untuk Sultan Perak bersemayam. Istana
 Sultan Perak pada masa itu terdiri daripada binaan kayu yang bermutu 
tinggi dan di bina di tepi Sungai Perak. Kawasan tepi sungai Perak 
terutama di Hilir Perak ,memang tidak ada kawasan berbukit-bukau.
Apabila
 Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, baginda telah 
membuat istana di atas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari 
kerana Sayong selalu sahaja di tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan.
Menurut
 ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah Sultan 
Yusuf yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub 
Chandan ini telah lari lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) 
bersama juak-juaknya keluar mengikuti jejak-jejak gajah tersebut hingga 
sampai ke kaki Gunung Bubu. Setibanya disini baginda telah bertembung 
dengan seorang tua berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan 
tidak semena-mena orang tua tersebut berdatang sembah lalu berkata...
"
 Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala Tuanku telah 
ditabalkan menjadi Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi 
tetapi hendaklah Tuanku membuat Istana diatas bukit yang di pinggir 
Batang Hari, Perak. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu hendaklah 
Tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan Tuanku itu...."
Diringkaskan
 cerita, maka Raja Idris pun ditabalkanlah menjadi Sultan Perak yang ke 
28 dan segala pesanan 'orang tua' tersebut telah ditunaikan oleh 
baginda. Mulai dari tarikh itu kekal lah nama Bukit Chandan sebagai 
tempat terletaknya Istana Rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan 
Perak.
Sistem Pemerintahan
Di
 zaman pemerintahan silam, sistem pemerintahan Kesultanan Negeri Perak 
masih meneruskan konsep ketradisionalan Kesultanan Melayu Melaka dengan 
sedikit perubahan dan penyesuaian dengan keadaan negeri dan masyarakat. 
Sistem gelaran Orang-Besar-Besar Negeri masih mewarisi Kesultanan Melaka
 tetapi terdapat sedikit perubahan iaitu dengan mengwujudkan 
gelaran-gelaran baharu saperti Orang Besar Lapan, Enam Belas dan Tiga 
Puluh Dua disamping mengekalkan konsep gelaran dan fungsi Orang Besar 
Empat Kesultanan Melaka. Tetapi gelaran Orang Besar Empat ini juga telah
 di ubah mengikut kesesuaian zaman dan masyarakat dan sekarang gelaran 
ini di kenali sebagai :-
Tengku Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja wakil al Sultan Wazir Kabir.
Tengku Orang Kaya Besar Maharaja Di Raja.
Tengku Orang Kaya Temenggung Paduka Raja.
Tengku Orang Kaya Menteri Paduka Tuan.
Di
 zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Shah jawatan Bendahara Paduka Raja 
telah disandang oleh Megat Terawis. Megat Terawis dikatakan berasal dari
 kerabat di raja Pagar Ruyong (Minangkabau) yang datang ke Perak 
bersama-sama Sultan Muzzaffar Shah dari Kampar. Sultan Muzzaffar Shah 
telah melantik beliau sebagai Bendahara bagi mengantikan Tun Muhammad 
setelah Megat Terawis berjaya menghapuskan Tun Saban yang bersengketa 
dengan baginda.
Corak
 pemerintahan tradisional ini walau pun dari kacamata barat dianggap 
sebagai amalam feudal yang tidak demokrasi tetapi jika diteliti dari 
segi pentadbirannya jelas menunjukkan bahawa sistem pemerintahan 
demokrasi telah lama dipraktikkan di Negeri Perak sebelum Inggeris 
menerjah masuk. Ini dapat dilihat dalam sistem perlantikan Sultan, 
pembesar negeri dan strultur pemerintahan itu sendiri.
Sejak
 dari perlantikan tersebut keturunan Megat telah memegang jawatan 
Bendahara Perak hinggalah akhir kurun ke 18 apabila Bendahara Megat Abu 
Kassim menyerahkan balik jawatan tersebut kepada Sultan Iskandar 
Zulkarnain kerana satu perbalahan.
Di
 zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak 
menempuh kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh 
ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan. Hakikat ini dapat dilihat 
daripada catatan yang terdapat didalam Hikayat Misa Melayu yang 
menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal 
kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair 
"Sultan Perak Melawat Jajahan Takluknya" sebagaimana yang terdapat 
didalam hikayat ini adalah satu contoh yang begitu terkenal lagi 
menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di zaman tersebut.
Campurtangan Inggeris di Perak
Percampuran
 dasar Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu di akhir kurun ke 19 telah
 mendorongkan pihak British untuk mengubah sikap berdagang dan 
campurtangan dalam urusan politik dan pertadbiran - iaitu penjajahan 
secara langsung atau tidak langsung terhadap kesemua Negeri Melayu di 
Semenanjung. 
Seperti helang kelaparan mereka hanya menunggu peluang dan ketika yang sesuai untuk menyambar terus kemakmuran Negeri Perak. Inggeris yang telah lama mengkaji sistem pentadbiran, struktur, sosial, ekonomi dan politik bumiputera di Negeri-Negeri Selat dan di negara-negara yang dijajahnya telah berjaya menyingkap segala aspek kehidupan masyarakat Melayu dan menggunakan kelemahan-kelemahan yang terdapat untuk menguasai terus Negeri Perak dengan memperalatkan institusi-institusi traditional. Peluang ini tercapai apabila berlaku perselisihan merebut takhta kerajaan semasa Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah, Sultan Perak ke 24 mangkat di Sayong pada tahun 1871. Raja Muda Abdullah yang bersemayam di batak Rabit sepatutnya mudik ke Sayong untuk ditabalkan sebagai Sultan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ini telah mengakibatkan jenazah Almarhum tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi menyelesaikan masaalah ini Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan.
Seperti helang kelaparan mereka hanya menunggu peluang dan ketika yang sesuai untuk menyambar terus kemakmuran Negeri Perak. Inggeris yang telah lama mengkaji sistem pentadbiran, struktur, sosial, ekonomi dan politik bumiputera di Negeri-Negeri Selat dan di negara-negara yang dijajahnya telah berjaya menyingkap segala aspek kehidupan masyarakat Melayu dan menggunakan kelemahan-kelemahan yang terdapat untuk menguasai terus Negeri Perak dengan memperalatkan institusi-institusi traditional. Peluang ini tercapai apabila berlaku perselisihan merebut takhta kerajaan semasa Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah, Sultan Perak ke 24 mangkat di Sayong pada tahun 1871. Raja Muda Abdullah yang bersemayam di batak Rabit sepatutnya mudik ke Sayong untuk ditabalkan sebagai Sultan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ini telah mengakibatkan jenazah Almarhum tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi menyelesaikan masaalah ini Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan.
Maka
 berlakulah perselisihan yang berlarutan diantara Raja Abdullah dengan 
Sultan Ismail. Di samping ini terdapat pula pergaduhan besar dan sikap 
bermusuhan diantara dua kongsi gelap pelombong-pelombong Cina, Ghee Hin 
dan Hai San disekitar Kelian Puah dan Kelian Baharu dan berlarutan 
hingga ke negeri-negeri lain. Peperangan telah berlaku disepanjang tahun
 1861- 1862 dan 1871-1874.
Pergaduhan-pergaduhan
 dan perselisihan merebut takhta kerajaan ini telah di pergunakan 
sepenuhnya oleh pihak Inggeris untuk mencampuri urusan dalam Negeri 
Perak supaya kepentingan mereka tidak terjejas dan kekayaan Negeri Perak
 dapat di eksplotasikan sepenuhnya bagi menampung keperluan ekonomi 
negara ibunda mereka. Dengan kepintaran siasah dan ilmu penjajahan yang 
telah berkurun dipelajari, Inggeris telah berjaya memerangkap Raja 
Abdullah dan beberapa orang Orang Besar-Besar Perak untuk berunding di 
Pulau Pangkor. Wakil-wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San juga turut 
hadir bagi membalas jasa Inggeris yang telah banyak berbudi kepada 
mereka. Maka pada 20 Februari 1874 berlakulah satu detik sejarah yang 
tidak akan dilupakan oleh orang-orang Melayu Perak dan seluruh 
Semenanjung Tanah Melayu dengan termeterinya satu perjanjian yang di 
namakan Perjanjian Pangkor.
Kejayaan
 Inggeris dalam babak pertama dalam siri penjajahan mereka di Tanah 
Melayu ini telah menjatuhkan mertabat kuasa mutlak Raja Melayu terhadap 
tanah air mereka sendiri dengan hanya menjadi Sultan sebagai ketua agama
 Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Urusan pentadbiran dan ekonomi 
dalam negeri terserah bulat-bulat kepada budibicara Residen Inggeris 
yang secara langsung di pertanggung jawabkan oleh Gabenor Negeri Selat 
untuk melaksanakan rancangan pembangunan raksaksa - Sistem Residen.
Perjanjian
 Pangkor dan perlaksanaan sistem Residen ini pada dasarnya telah dapat 
meredakan seketika persengketaan di antara golongan-golongan yang 
bersengketa dalam Negeri Perak. Dengan bersenjatakan Perjanjian Pangkor 
yang pada anggapan Inggeris akan di patuhi oleh semua pihak dan tidak 
akan di tentang oleh orang-orang Melayu yang selama ini dianggap mudah 
di pergaul-gaulkan, J.W.W.Birch, Residen Inggeris yang pertama telah 
memulakan tugasnya tanpa menaruh sebarang buruk sangka atau perasaan 
curiga.
Orang
 Besar-Besar Perak dan Sultan Abdullah sendiri akhirnya menyedari akan 
kesilapan mereka menandatangani Perjanjian Pangkor yang secara langsung 
mengetepikan hak tradisi mereka dalam urusan kutipan cukai dan menguasai
 hasil mahsul dalam jajahan masing-masing telah menghadapi jalan buntu 
bagi menghadapi kekuatan kuasa penjajah Inggeris ini. Akhirnya mereka 
telah mengambil jalan singkat dengan membunuh J.W.W. Birch dan 
pengiring-pengiringnya di Pasir Salak pada 2 November 1875.
Berikutan
 daripada peistiwa berdarah ini Inggeris telah melancarkan perang 
besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk 
menangkap pembunuh J.W.W. Birch. Pasukan-pasukan polis, tentera dan 
tentera laut Inggeris dibawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung 
perairan Perak. Rumah-rumah orang-orang Melayu yang di syaki telah di 
bakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah di serang
 habis-habisan dan akhirnya ditawan. Inggeris terus mara di sepanjang 
Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguh pun kekurangan 
senjata dan tektik peperangan oarng-orang Melayu Perak masih mampu 
melawan serangan Inggeris saperti yang di lakukan di Kota Lama. 
Peperangan Perak ini telah berlanjutan hingga ke tahun 1876 dan akhirnya
 kesemua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W. birch ditangkap
 dan dibicarakan peperangan ini ditamatkan.
Nasionalisme di negeri Perak
Maka
 tercatatlah dalam sejarah bangsa Melayu dan Negeri Perak nama-nama 
saperti Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Che' 
Gondah, Ngah Ahmad, Laksamana Tun Mohamad Amin, Syahbandar, Che' Ngah 
Ibrahim dan lain-lain lagi disamping Sultan Abdullah sendiri sebagai 
penebus maruah bangsa Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air 
dan hak mutlak Kesultanan Melayu. Ramai diantara mereka yang dihukum 
gantung dan di buang negeri di asingkan di Pulau Seychelles di Lautan 
Hindi tetapi perjuangan mereka akan terus menjadi aspirasi generasi 
kini.
Peristiwa
 tersebut telah memberikan pengajaran yang berguna kepada Inggeris dalam
 merancanakan rancangan penjajahan mereka yang selanjutnya. Raja Yusuf 
telah diangkat sebagai Sultan Perak yang ke 27 (1877-1887) bergelar 
Sultan Yusuf Sharifuddin Muzzaffar Shah dan Raja Idris yang menghakimkan
 perbicaraan kes pembunuhan J.W.W.Birch telah diangkat menjadi Raja 
Muda. Sistem pertadbiran negeri telah diperkemaskan lagi dan 
dipersesuaikan dengan dasar Inggeris. Pembesar-pembesar negeri yang 
tidak sesuai telah di pencenkan dan yang berkebolehan serta masih taat 
kepada pemerintah telah dijadikanpegawai bergaji tetap dan mesti bekerja
 untuk Inggeris atas nama titah perintah Sultan.
Semasa Negeri Perak
Pembangunan
 ekonomi telah di lipatgandakan dengan pembukaan lombong-lombong baru 
yang lebih moden dan ladang-ladang getah dan ini telah menyebabkan 
munculnya bandar-bandar bary disekitar kawasan perekonomian. Bagi 
menghubungkan rangkaian bandar-bandar baru saperti Taiping dan Ipoh, 
jalan-jalan raya dan perkhidmatan keretapi telah diwujudkan. 
Bandar-bandar traditional Melayu telah ditinggalkan kesepian kerana 
segala kepentingan ekonomi dan urusan perniagaan telah tertumpu di 
sekitar kawasan yang baru di bangunkan oleh Inggeris. Maka terasinglah 
orang Melayu dan tinggal lah mereka kesepian dengan corak penghidupan 
lama mereka di kawasan pertanian, di kuala-kuala sungai dan bandar 
tradisional warisan mereka.
Penduduk-penduduk
 Perak telah berkembang pesat dengan penghijrahan beramai-ramai 
buruh-buruh kaum Cina dan India untuk mengusahakan sektor perlombongan 
bijih dan ladang getah. Maka daripada sinilah wujudnya masyarakat majmuk
 yang dapat dikenali daripada identiti kegiatan ekonomi masing-masing.
Negeri
 Perak sungguh beruntung kerana golongan-golongan Kerabat Di Raja 
saperti Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah, Sultan Iskandar Shah dan 
Raja Sir Chulan masih lantang bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat 
yang di kekang penjajah.
Dalam
 menghadapi aliran perkembangan politik moden di pertengahan tahun 
1940an hinggalah Tanah Melayu mengalami bahana Perang Dunia ke2, 
seterusnya detik-detik kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sejarah Negeri 
Perak berkait rapat dengan sejarah Tanah Melayu pada umumnya. Dalam hal 
ini negeri Perak telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dan pejuang 
kemerdekaan yang masih harum namanya menjadi kebanggaan generasi 
sekarang. Sehingga kini payungan di raja Kesultanan Perak masih utuh 
menaungi kemakmuran negeri dan menjadi lambang kedaulatan dan kekuatan 
Negeri Perak Darul Ridzuan.
Adzan nur epal mengalir
ReplyDelete