Wednesday 3 October 2012

di suatu negari di tanah melayu

Tok Temong (Selingan terakhir, He! He!...)

Makam Tok Temong di daerah Kuala Kangsar

Demi mengikuti apa yang sebenarnya berlaku dalam thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT ketika perbincangan mengenai pencarian Makam Raja Ahmad sedang berlangsung, biar disajikan sedikit cerita mengenai Tok Temong... Tulisan di bawah adalah jawaban kepada persoalan beberapa forumer selepas saya memaparkan gambar batu nesan Tok Temong di forum itu...


(Posted: 05 October 2006 at 11:02am)

Hmm... Memang batu nesan tu jenis batu nesan Aceh tapi lain sikit daripada batu nesan Raja Merah Silu @ Sultan Malikus Salih... Yang aku post tu batu nesan kat Makam Tok Temong.... Designnya lebih-kurang sama dengan beberapa batu nesan Makam Raja-Raja Beruas kat Kampung Kota, Beruas...
Ni, biar aku copy n paste daripada satu website... (tengah rasa malas nak menaip cite ni...)

TOK TEMONG (KERAMAT TOK TEMONG)

Mengikut buku sejarah 'Hulu Perak Dalam Sejarah' dan 'Sejarah Perak', tiada beberapa lama selepas Tun Saban meninggalkan Kampar (Sumatra) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berhijrah ke Beredong Budi di Hulu Petani, kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak di mana beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum dan seterusnya mangangkat seorang daripada adik perempuan beliau yang bernama Tun Perabu menjadi Ketua di tempat bernama Temong dan beliau dikenali dengan gelaran Tok Temong.
Ketika Tun Saban sampai di Perak, negeri ini belum beraja lagi. Kebanyakan penduduk-penduduknya terdiri daripada pedagang-pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik yang memelihara seorang bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau berwasiat dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang barasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-raja yang turun dari Bukit Si-Gantung tiada terputus di Tanah Melayu. Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohon supaya seorang putera Baginda menjadi Sultan Perak.
Sultan Mahmud Shah telah meminta puteranya yang bernama Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak dan pada tahun 1528. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Semasa pertabalan, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama MASTIKA EMBUN. MASTIKA EMBUN ini telah dijadikan salah satu Alat Kebesaran di-Raja Perak dan diguna dalam Istiadat Pertabalan di-Raja Perak.
Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur (bekas sireh) kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong. Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar (janji) daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu Baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mundik Sungai Perak.
Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makan di sebelah kiri mudik Sungai Perak.
Tok Temong telah meninggal dunia di Kampung Temong dan dimakamkan di Temong. Makamnya digelar Keramat Tok Temong dan diziarahi oleh tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda ditabalkan.
Makamnya terletak di kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan Iskandar.

No comments:

Post a Comment