Wednesday 3 October 2012

am7

Salam. Saya wakil ayah, ingin berkongsi. Berdasarkan family tree, isteri ke-3 Almarhum adalah Permaisuri Che Teh Salah (atau sebenarnya Salleh). Permaisuri adalah grand-auntie kepada ayah saya. Seingat ayah saya, Tengku Permaisuri adalah isteri pertama. Sewaktu ayah saya kecil, Permaisuri Che Teh, kerana tidak mendapat anak dari perkahwinan itu, maka barulah Sultan Alang Iskandar Shah berkahwin lain. Maaf jika tidak tepat, tetapi inilah yang diceritakan ayah saya. Pabila Tengku Ampuan Fatimah [anak kepada Tengku Nong Fatimah] berkahwin dgn Sultan Abu Bakar, maka lahirlah Sultan Ahmad Shah [Sultan Pahang sekarang]. Baginda lahir pada tahun yang sama dgn ayah saya [1930]. Ayah saya di bela oleh Tok Nah [tinggal berdekatan Istana Merchu]. Tengku Permaisuri Che Teh pula membesarkan Sultan Ahmad Shah. Mereka membesar bersama di Istana Merchu di Kuala Kangsar. Ayah kepada ayah saya adalah Yun [Datuk Paduka Indera], yang juga anak saudara kepada Tengku Permaisuri Che Teh. Di situ kaitan di mana ayah saya mengetahui salasilah Sultan Alang Iskandar Shah. Tambah ayah saya, selepas berkahwin dgn Tengku Nong Fatimah, dan tidak mendapat anak lelaki, maka barulah berkahwin pula dgn Raja Perempuan Kelsom. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment