Wednesday, 3 October 2012

adakah kita patut menderhaka pada payung negara

Ketua Pembangkang tanpa parti dan Mantan Banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim mengumumkan dasar ‘Ketuanan Rakyat’ semasa perhimpunan ‘Black 14’ untuk memperingati ‘pembebasan’ beliau dari belengu ‘edah’ larangan berpolitik (sebagai Mantan Banduan) pada 14 April 2008 di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Ianya menjadi inspirasi perjuangan Pakatan Rakyat (PR), yang rata rata didukungi dan diberikan sokongan yang begitu kuat oleh rakyat Malaysia Bukan Melayu, melebihi rakyat Malaysia berketurunan Melayu.
‘Ketuanan Rakyat’ ialah perjuangan memartabatkan keseluruhan rakyat Malaysia dan bukan setakat orang Melayu, sebagaimana menjadi teras perjuangan UMNO, yang begitu ditolak Bukan Melayu. Definisi Ketuanan Melayu yang diperjuangan UMNO selama ini, bukan sahaja menentukan kepentingan dan martabat orang Melayu sentiasa terbela, malah kedudukan adat resam dan ugama Islam dipertahankan.  Adat resam dan ugama Islam merupakan peruntukan mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang diberikan kepada Raja Raja.
Proses ini bukan setakat peringkat politik sahaja, malah ianya menjadi teras perjuangan sosial dan ekonomi yang UMNO dukung dan pertahankan. Walaupun ianya bermula dengan gerakan politik, namun ianya merangkumi keseluruhan aspek yang memberikan identiti Bangsa Melayu itu sendiri.
Hari ini, Ketua Pembangkang tanpa parti Anwar cuba meleraikan identiti dan jatidiri orang Melayu itu dan memperkenalkan perjuangan yang bersifat populist, yang ternyata mendapat sokongan majoriti Bukan Melayu, sebagaimana yang ditafsirkan dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008. ‘Ketuanan Rakyat’ kini menjadi kemegahan rakyat Malaysia, terutama Bukan Melayu untuk membanggakan diri bahawa konsep Malaysian Malaysia yang asalnya dibawa PAP, dan kemudian DAP, diberikan nafas dan inspirasi populist baru.
Keyakinan baru ini mula menampakan kemampuan mereka yang mendukung ‘Ketuanan Rakyat’ dan ‘Malaysian Malaysia’ ini semakin berani dan angkuh, terutama mempersoalkan isu isu sensitif. Soal memomokan ‘Ketuanan Melayu’ tidak terbatas disitu sahaja. Malah, isu seperti pengunaan Bahasa Melayu dalam gereja dan persuratan ugama Kristian kini mula timbul. Mereka juga dengan lantang memperjuangkan hak orang Islam yang ingin murtad.  NGO juga makin pesat mengunakan platform ‘perbincangan intelektual’ untuk mengaburi usaha membawa Malaysia ke fenomena anarki. Ini semua dikaburi dengan ‘topeng’ nilai universal seperti hak asasi manusia dan pengenalan ‘Mahkamah Rakyat’, terutama melalui media.

No comments:

Post a Comment