(Dan
dalam UUK ini juga ada disebut Undang-undang Laut Melaka kerana pada
tahun 1650 masehi Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka
ayahanda kepada Duli Yang Pertuan Sultan Mansor Syah Langkawi masih ada.
Jadi Melayu Mangkok mana yang dikatakan dijajah Portugis 1511 sedangkan
Sultannya masih ada lagi di Melaka?
Jadi
Melaka yang mana satu yang dinyatakan dalam UUK? Dan nama Negeri
Sembilan pun belum wujud pada tahun 1650 -- baru je ada nama Negeri
Sembilan masa zaman British abad ke 19 masehi -- kalau tidak percaya
boleh "tanya sama pokok".
Walaupun begitu nama golongan asal yang mendiami wilayah yang hari ini kita kenali sebagai Negri Siembilan
(walaupun cuma ada 7 daerah sahaja dan lebih besar dari Melaka Bandar
Hilir yang tidak punya apa hasil berbanding Lukut wilayah Melaka yang
asal yang punya bijih timah dan punya perlabuhan sendiri iaitu Port
Dickson bersempadanan dengan Klang - Prang Besar - Banting - Rembau
dibawah selian Raja Bot Selangor keturunan Bugis) iaitu golongan Biduanda yang tetap
dikenang dan bersemadi nama golongan ini didalam UUK MS37 dalam fasal
membawa alat kerajaan Adat Raja Johor yang berbunyi "...membawa dia anak hulubalang orang baik-baik, anak Biduanda pun namanya".
Sudah tentulah apabila dipakaikan gelaran biduanda
ini kepada golongan Melayu Asli iaitu Semang Jakun dan Sakai maka
secara otomatis mereka ini ada tempat dalam kerajaan Islam Siam Kedah
purbakala, sudahpun menerima tamadun pada zaman itu bukannya semacam
orang Asli pakai cawat semacam yang ditohmah orang hari ini. Oleh kerana
itu Melayu Asli pada zaman itu adalah golongan Biduanda, golongan hulubalang dan orang yang baik-baik!)
"Dan jika kompeni dari Gujarat atau dari negeri كاليڠ seperti surat kompeni dari Melaka juga" UUK MS 16.
Ayat ini menceritakan peranan Bristish India Company yang berpengkalan di Gujarat atau negeri كاليڠ (India) dan juga Melaka yang datang ke Alam Melayu dengan topeng niaga sambil mengintai peluang untuk menjajah Empayar Islam بنوا سيم كداه
Kedatangan mereka ataupun surat yang diutus oleh kompeni itu tetap bersambut dengan adab dan sopan tetapi tidak
bertetapan disambut dengan gong, gendang dan serunai (UUK MS15) dan
bila sebut gong, gendang, serunai maka pastilah lagu كداه . (Nak lagu mana lagi?)
(British
India Company ditubuhkan pada tahun 1600 masehi bertujuan menjalankan
'perniagaan' dan menjadi Chief Agent Imperialism British di Asia. Mereka
menjadi dalang kejatuhan Empayar Moghul India, Emperor China dan juga
Empayar Islam بنوا سيم كداه )
Antara
sebab lain mereka menjatuhkan Ayuthia Islam adalah kerana mereka ingin
menjadikan Burma (Perlabuhan Pegu), Penang, Melaka dan Singapura
(Straits Settelment) sebagai perlabuhan utama bertujuan menyekat negara
Eropah yang lain seperti Belanda, Perancis, Portugis dan juga Sepanyol
daripada memonopoli laluan Selat Melaka dan Laut Kedah.
Dengan strategi itu Inggeris berjaya mendominasi tiga wilayah penting di Asia iaitu India, Semenanjung Siam Melaka, dan China.
Kemudian,
dengan bantuan talibarut mereka, dengan Singapura Bukit Zion pula
menjadi pusat pentadbiran yang baru, maka mereka pun menjalankan segala
kegiatan dan propaganda mereka untuk menjahanamkan sejarah empayar Islam
di Alam Melayu.
(Pertama sekali dengan
meletakkan Melaka Bandar Hilir sebagai pusat Islam bermula hanya 1404
masehi, padahal disitu jika dikaji adalah pusat missionari Kristian
menjalankan dakyah bersama Munshi Abdullah.
Dan
pastinya sejarah yang ditutup adalah sejarah Islam mula tersebar lebih
awal di utara Semenanjung Siam Melaka iaitu sebelum 812 Masehi tarikh Undang-undang Kedah 220 Hijrah SIAP ditulis)
Dengan
bantuan Kompeni British juga (chief agent - al JASSASAH), maka Puak
Kafir Dari Gunung mula menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma
setelah Kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan
Mahmud Syah Melaka, Maharaja Ayuthia yang bersemayam di Kota Palas, Ulu
Melaka, Pulau Langkawi pada tahun 1757/58.
Seperti
yang kita semua sedia maklum, sasaran mereka (tentera Burma dan
Kampenj) yang seterusnya adalah Pulau Salang atau Po Khaeg Melayu
(Puket) dan seterusnya adalah Pulau Langkawi -- kampeni datang dari
pulau maka mencari pulau.
Dalam
kisah ini dikatakan Burma Buddha meminta Qodah menghantar Bunga Emas ke
Burma dan bukan lagi ke Syarif Syah. Dan Qodah amat berbesar hati untuk
berbuat demikian kerana ingin lepas dari Siam Kedah (didalam UUK ada
disebut سيم dan كداه dengan ejaan jawi yang asal)
Disinilah
konflik sejarah mula timbul, yang menjadi perdebatan sehingga ke hari
ini, iaitu mengapa Qodah sanggup berada dibawah Burma ataupun Thai
Bangkok tetapi tidak dibawah Khalifah Syarif Abu Bakar Syah Ekataat Duli
Yang DiPertuan بنوا سيم كداه.
Sejak pada itu bermulalah perang Musuh Bisik sehingga mengakibatkan kejatuhan Empayar Islam بنوا سيم كداه
Tinggalannya
hanya puing yang bernama Qodah. Dan hanya pada tahun 1873 selepas kukuh
cengkaman Thai dan Kampeni terhadap negeri-negeri Melayu, barulah keris
mula dimasukkan ke dalam Bendera Siam Buddha(Thai) seperti yang
termaktub dalam buku diatas.
COA pada bandeira itu adalah antara bukti kukuh tanda akur pemimpin Melayu Qodah kepada penjajah Thai Buddha.
Para
pembaca tidak perlulah terpinga-pinga dengan sejarah ini kerana lihat
sahaja apa yang berlaku di Burma dan juga Selatan Thai dalam dunia moden
hari ini sudah cukup untuk memberikan gambaran awal tentang sejarah
peperangan yang disebutkan dalam kisah Sejarah Realiti Empayar
الإسلام بنوا سيم كداه
Siasat Sejarah Bangsa dan Negara demi Agama.
No comments:
Post a Comment