Kebangkitan
Kegoyahan Islam di dalam negara ini tentu amat menyesakkan
nafas semua penganut Islam yang jujur terhadap agamanya, sayang kepada
jemaahnya dan kasih kepada ulamanya. Semua amat maklum bahawa Islam
sedang dihimpit dan bakal tewas di tangan manusia rakus yang sedang
merencanakan helah belakang tabir sama ada untuk mengekal ataupun
merampas kuasa. Situasi getir yang amat memilukan kita semua, Islam
telah dimangsakan dengan cara yang tidak sepatutnya.
Institusi Kesultanan dan Raja-raja Melayu juga ikut terancam
dalam percaturan politik kotor yang mula mengambil tempat. Turut
tercemar ialah dominan bangsa watan semakin terhakis yang akan
menyebabkan kehilangan tampuk kuasa. Terasa seperti ada suntikan racun
dari luar supaya Islam menjadi rosak dan akan beransur-ansur lenyap dari
hati sanubari umat Islam di negara ini.
Perencana yang sekian lama ingin melumpuhkan kekuatan Islam
bagi memudahkan laluan mewujudkan Kerajaan Dunia Baru berkiblat kepada
satu agama baru menyembah syaitan (lucifer). Itulah sebabnya Illuminati
melalui Soros dan NED bersungguh-sungguh membina jalinan rangkaian Islam
Liberal dan sanggup mendanai berbillion dollar untuk melumpuhkan
kekuatan Ahlis Sunnah wal Jamaah. Melalui Islam Liberal (Islam pada
nama) ini akhirnya beransur-ansur menerima semua agama adalah sama taraf
termasuk penyembah berhala.
Kekangan terkuat yang menghalang penyebaran Islam Liberal ini
hanyalah Malaysia dan Brunei. Ia menjadi sesuatu yang cukup menarik
ketika membincangkan isu terkait dengan konspirasi Yahudi dan kaitannya
dengan peristiwa akhir zaman. Walaupun Indonesia mempunyai jumlah
penganut Islam teramai dan tidak menghadapi tekanan dari kaum pendatang
seperti Malaysia, Islam Liberal sudah lama berkembang di sana dan kini
sedang galak menghakis pegangan akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah.
Peristiwa malang bagi Indonesia yang sepatutnya menjadi benteng yang
lebih kukuh berbanding negara kita Malaysia.
Apakah perancangan Allah terhadap bangsa Melayu ini? Hanya
Dia sahaja yang mengetahuinya. Namun keadaan semasa memang cukup getir,
kita umat Islam sedang menghadapi krisis yang terhebat dalam sejarah.
Illuminati telah menanam benih perpecahan sejak 100 tahun lampau, namun
masih lagi gagal merosakkan perpaduan Ummah. Melalui kepimpinan bangsa
sendiri yang dilatih memakai pakaian sekular, lama kelamaan kita telah
terhasut untuk meninggalkan tatacara Islam dan mula mengejar kemajuan
(duniawi).
Dengan kasih Allah, kita masih lagi mempunyai ulama yang kuat
berpegang kepada Islam sejati walaupun terpaksa bertahan penuh sabar
dalam diam. Kini atas kehendakNya jua berlaku sesuatu yang kita tidak
pernah terfikir sebelum ini. Kejadian beberapa peristiawa telah
mencetuskan satu gelombang baru yang mahu tidak mahu semua terpaksa
menerima kehadirannya.
Kita percaya Allah tidak akan meninggalkan kita sendirian
dalam pahit getir menempuh fitnah zaman. Dia tahu masih ada yang setia
bermunajat dan berdoa sepanjang malam memohon perlindunganNya, memohon
agar bangsa ini diselamatkan walaupun sebahagian besar sedang leka
bermain dengan nafsu syahwat.
Sebahagian dari kita yang telah diperangkap oleh jaringan
politik mungkin agak resah untuk menerima sesuatu yang baru muncul.
Tidak dinafikan akan berlaku kesukaran untuk meninggalkan sesuatu yang
telah sekian lama menjadi pakaian selesa. Namun andainya kita dipilih
olehNya untuk ikut serta membangunkan ummah ini, nescaya akan mendapat
cahaya walaupun sebelum itu ia seorang yang pasik. KehendakNya akan
menjadi kenyataan (kun fayakun). Apa yang penting bagi kita ialah
keikhlasan mutlak sebagai Muslim dan Mukmin. Nescaya akan mendapat
bantuan.
Bagi golongan yang terselamat dari jerat dunia politik
ketaksuban (golongan atas pagar - setakat menggunakan saluran politik
dalam memilih pemimpin) akan lebih mudah menerima sentuhan gelombang ini
dengan syarat ada sedikit rasa kasih pada agama.
Semoga gelombang ini akan terus semarak menghakis fitnah
Dajjal yang sekian lama menghantui pemikiran kita semua. Amat diharapkan
ia menjadi titik tolak kebangkitan manusia ikhlas berjuang kerana Allah
Subhana Wa Taala untuk membuang segala daki sekularisma yang semakin
menebal. Kita doakan kejayaan kepimpinan Ulama Mukhlisin ini dan
berharap Allah subhana wa Taala melimpahkan rahmat dan pertolongan
memudahkan urusan mereka. InsyaAllah.
Memandangkan kita masih lagi dikepung oleh pagar sekularisma
(hanya jenerasi sekarang yang memahaminya), kita terpaksa ikut bermain
kompang dan berdendang siasah. Apa yang membezakan dari pemain sekuler
tulin ialah "keikhlasan" Lillahi Taala. Cara penampilannya sedikit
berbeza dari kelaziman. Mereka tiada ketua mutlak sebagaimana pemain
politik semasa. Tidak akan berlaku perlumbaan, pertandingan atau jatuh
menjatuhkan, pengkhianatan, pancung memancung sebagaimana tradisi
politkus semasa.
Amatlah diharapkan ia akan berlaku seperti ini. NGOs bersatu
akan memberi baiah kepada sesaorang sebagai pemimpin (bukan ketua).
Itulah bentuk khilafah yang kita cari. Setiap ahli NGO akan bermukim
dibawah pemimpinnya dan hanya memberi baiah kepada pemimpinnya sendiri,
dan pemimpinnya pula memberi baiah kepada salah seorang dari mereka
sebagai pemimpin yang memegang amanah keseluruhan ahli. Jika ini
berlaku, ia akan menjadi sangat cantik.
Andai ada pemuka baru yang lebih menonjol atau berkeupayaan,
pemimpin sedia ada akan memberi baiah kepadanya untuk dilantik sebagai
pemegang amanah atau pemimpin baru jemaah. Itu bermakna mereka berkerja
untuk Allah, bukan untuk diri mereka sendiri. Andainya ini yang belaku,
seluruh ummah wajib bersetia memberi baiah kepada mereka untuk melakukan
pembersihan. Hayat dunia sekular akan ditamatkan di bumi bertuah ini.
Semoga Allah perkenankan permohonan hamba-hambaNya yang sekian lama
menderita dibawah sistem Yahudi ini. Perkenankanlah doa kami Ya
Allah........
No comments:
Post a Comment